KUALA LUMPUR: Pengusaha halal Bumiputera digesa menembusi pasaran eksport halal global bukan hanya melalui sektor makanan dan minuman (F&B), tetapi juga dalam sektor-sektor lain seperti bahan-bahan (ingredients), kosmetik dan farmaseutikal, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata permintaan bagi produk-produk halal global semakin tinggi dengan pasaran bernilai AS$5 trilion dijangka pada tahun 2030.
"Kita harus melihat dari segi pasaran eksport produk halal ini kerana pada tahun 2023 pasaran global eksport halal adalah bernilai AS$3 trilion.. cukup besar, dan dijangkakan pada tahun 2030 permintaan ini akan meningkat dan bernilai AS$5 trilion," katanya kepada Bernama dalam wawancara khas sempena pasca Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024), baru-baru ini.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis Halal Malaysia berkata pengusaha halal Bumiputera harus sedar bahawa pasaran halal global adalah sangat besar, dan permintaan bukan sahaja datang daripada pasaran Muslim tetapi pasaran bukan Muslim juga, yang mementingkan aspek kebersihan.
"Kita harus terus galakkan pengusaha-pengusaha halal Bumiputera untuk tidak hanya menjual produk mereka di pasaran domestik, tetapi ke peringkat antarabangsa juga," katanya.
Berdasarkan data yang dilaporkan, pasaran Muslim global setakat 2022 menyumbang 24 peratus kepada populasi dunia, iaitu bersamaan dengan 1.9 bilion orang dan menjelang tahun 2030, ia dijangka mencecah 2.2 bilion orang.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah seterusnya mengingatkan pengusaha halal Bumiputera agar jangan mengamalkan konsep 3T apabila menjalankan perniagaan mereka, terutama sekali bagi sektor bahan-bahan (halal ingredients) iaitu tanam, tinggal dan tuai.
"Tiada baja, tiada apa-apa..jadi bagaimana kita hendak dapat siapkan bekalan yang banyak untuk penuhi permintaan? Contohnya jika ada permintaan 10 kontena serbuk serai untuk satu bulan, kalau setengah kontena pun tak dapat nak penuhi bagaimana?
"Bagi pengeluar bahan-bahan halal setakat ini 87 peratus dikuasai oleh usahawan-usahawan bukan Bumiputera..jadi saya menyeru semua pengeluar produk halal Bumiputera untuk lebih cakna mengenai hal ini. Jangan menganggap produk-produk yang kita keluarkan itu sebagai sesuatu yang bersifat "separuh masa".
"..tetapi dengan geran, latihan yang ada, kita mesti cepat mengambil peluang ini untuk kita berhijrah daripada pengusaha mikro, jadi pengusaha sederhana dan eksport produk melalui Matrade (Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia), HDC (Halal Development Corporation) dan memasuki penyertaan di dalam Mihas (Malaysia International Halal Showcase) dan Halfest (Halal Fiesta Malaysia) yang memang tersedia," katanya.
Ahmad Zahid juga berkata beliau telah mengadakan koordinasi dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk mengeluarkan sijil halal dengan lebih cepat, dengan syarat pengusaha-pengusaha halal Bumiputera memenuhi garis panduan yang ditentukan agensi kerajaan tersebut.
Dalam satu pembentangan pada sesi Libat Urus Pengukuhan Industri Halal KEB 2024 pada 29 Feb lepas, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Dr Ameer Ali Mydin mencadangkan agar satu sistem tier dan 'green lane' diwujudkan untuk pengusaha Bumiputera mendapatkan pensijilan halal.
Katanya berdasarkan data, hanya 3,562 syarikat Bumiputera mendapatkan penarafan halal berbanding 5,600 bukan Bumiputera pada 2023. Daripada jumlah keseluruhan itu, 6,857 adalah perusahaan mikro manakala 1,155 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan 1,150 (syarikat multinasional).
Malaysia merupakan peneraju pasaran global dalam industri makanan halal dan menduduki tempat pertama dalam Indeks Ekonomi Islam Global (Global Islamic Economy Index) selama sembilan tahun berturut-turut. Pada 2022, jumlah nilai eksport halal ialah RM59.46 bilion, menyumbang 7.4 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 18 2024
Ahmad Zahid (foto) berkata permintaan bagi produk-produk halal global semakin tinggi dengan pasaran bernilai AS$5 trilion dijangka pada tahun 2030. -Gambar fail/Bernama
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
Waspada penipuan pakej haji, elak langgar fatwa
Pada musim haji akan datang, rakyat Malaysia dinasihatkan tidak tertipu dengan kuota yang diberikan selain pengendali tunggal di Malaysia oleh tabung haji.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
'UMNO perlu guna media sosial dekati pengundi PRU16'
Itu tegas Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, langkah itu perlu kerana kaedah lama sudah tidak relevan dan gerak kerja jentera UMNO perlu mengikut kesesuaian serta keperluan semasa supaya lebih berkesan.
Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman
Beberapa pemimpin kerajaan dan parti hari ini merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman.
Bekas Menteri, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia
Sebagaimana dimaklumkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran Datuk Seri Shahaniza Samsuddin di Facebooknya, bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
MCPF tidak setuju SUHAKAM bantah hukuman mati penuntut UPNM
Hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atas kesalahan membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain adalah setimpal.
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berpandangan hukuman yang dikenakan tujuh tahun lalu sebagai tepat, selain tidak bersetuju dengan bantahan yang dibuat oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berpandangan hukuman yang dikenakan tujuh tahun lalu sebagai tepat, selain tidak bersetuju dengan bantahan yang dibuat oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
Johor hasrat lancarkan sekolah rintis mulai tahun depan
Kerajaan negeri Johor berhasrat melancarkan sekolah rintis negeri itu bermula tahun depan bagi mencorakkan masa depan pendidikan Bangsa Johor yang lebih maju dan berdaya saing.
AWANI Ringkas: Sekolah rintis tumpu STEM tahun depan di Johor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ahmad Zahid ucap takziah atas pemergian Siti Zaharah Sulaiman
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merakam ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga bekas Ketua Wanita UMNO Tan Sri Siti Zaharah Sulaiman yang meninggal dunia malam tadi.
PPRT kini dikenali sebagai Program Perumahan Rakyat Sejahtera - Ahmad Zahid
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah menjenamakan semula Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kepada Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).
Badan Peguam fail notis rayuan berhubung keputusan DNAA Ahmad Zahid
Badan Peguam memfailkan notis rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Peguam Negara.
Tiada parti komponen, Friends of BN dipinggirkan - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata semua parti komponen BN dan Friends of BN sentiasa melakukan sesi keterlibatan dan perbincangan bersama, mengenai pelbagai isu.
RM1 juta bina semula jambatan gantung di Penampang, Tuaran
Keputusan itu diambil selepas melihat kepada keperluan yang mendesak, memandangkan laluan perhubungan itu amat penting kepada masyarakat setempat di kedua-dua daerah berkenaan.
Tiada perbincangan MCA nak tinggalkan BN - Setiausaha Agung
MCA menafikan dakwaan bahawa terdapat tekanan kepada kepimpinan tertinggi parti itu untuk meninggalkan gabungan Barisan Nasional (BN) selepas 72 tahun bersama.
Pelancong ke Malaysia meningkat kepada 9.48 juta setakat Mei - Ahmad Zahid
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menyasarkan kehadiran 27.3 juta pelancong antarabangsa dengan pendapatan RM102.7 bilion tahun ini.
Segmentasi sektor pelancongan dilakukan, tarik pelancong berkualiti - Ahmad Zahid
Segmentasi sektor pelancongan akan dibahagikan kepada pasaran sedia ada dan pasaran-pasaran baharu.
Bicara kes saman terhadap Ahmad Zahid ditangguhkan lagi ke 26 Ogos
Perbicaraan kes saman Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dijadualkan hari ini ditangguhkan ke 26 Ogos.
Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera dibentang minggu hadapan - Ahmad Zahid
Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 akan dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera pada minggu hadapan.