awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyerang masjid New Zealand mulakan usaha rayu sabitan kes
Peniaga didakwa subahat beri rasuah RM32,000 kepada pembantu pendaftaran JPN
Kes hasutan Muhyiddin dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengusaha pasar mini didakwa bunuh wanita dalam kemalangan

Bernama
Bernama
27/04/2021
05:32 MYT
Pengusaha pasar mini didakwa bunuh wanita dalam kemalangan
Gui Chui (berkerusi roda) didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian kepada Norain Abu Samah Ahad lepas. --fotoBERNAMA
MUAR: Seorang pengusaha pasar mini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Muar di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang wanita dalam satu kemalangan di Bandar Muar, dua hari lalu.
Bagaimanapun, Gui Chui, 69, sekadar mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Mandarin di hadapan Majistret Zuraidah Abu Bakar.
Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Gui yang menetap di Taman Parit Bakar, di sini, didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian Norain Abu Samah, 41, di lampu isyarat Bypass Temenggong Ahmad Jalan Pintasan Bandar Muar pada 7.45 pagi, 25 April lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Putera Amirool Faez Suhasi manakala tertuduh diwakili peguam, RK Balakrishnan.
Tiada jaminan diberikan dan mahkamah menetapkan kes disebut semula pada 25 Mei ini untuk serahan laporan bedah siasat mangsa, laporan kimia dan laporan daripada Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).
Pada Ahad lalu, media melaporkan seorang wanita maut manakala anak perempuannya cedera parah selepas kenderaan dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta Toyota Hilux di persimpangan Jalan Temenggong Ahmad dekat Parit Keroma di sini.
Rakaman video kemalangan tersebut yang berdurasi 23 saat turut tular di media sosial.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mahkamah
#kemalangan
#pengusaha pasar mini
#maut
#Muar
#bunuh
#tiada pengakuan
#Mahkamah Tinggi
#Mahkamah Majistret Muar
#Norain Abu Samah
#Jalan Temenggong Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan