Seorang pengusaha salun kecantikan ditemui mati dengan berlumuran darah di premisnya di Taman Bukit Indah di sini selepas disamun sepasang lelaki dan wanita yang menyamar sebagai pelanggan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Nusajaya DSP Razak Md Said berkata dalam insiden pada kira-kira 11.30 pagi itu, mangsa, 39, ditemui terbaring oleh pekerjanya dengan kesan tikaman di perut serta kelaran di pergelangan tangan dan leher.
"Mangsa berada dalam kedai itu bersama dua pekerja dan dua pelanggan sebelum suspek tiba-tiba masuk dan berjumpa dengan mangsa.
"Difahamkan selepas itu, terjadi satu pertengkaran membabitkan mangsa dan suspek yang mana ia turut didengari pekerja mangsa yang ketika itu berada dalam bilik untuk melayan pelanggan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata pekerja mangsa kemudian mengesyaki sesuatu telah berlaku apabila keadaan tiba-tiba senyap dan menemui majikannya dalam keadaan terbaring berlumuran darah di ruang depan kedai.
Siasatan awal mendapati barangan berharga mangsa seperti dua telefon bimbit, komputer riba serta wang tunai hilang dan polis kini menjalankan operasi bagi mengesan suspek, dipercayai berusia lingkungan 20-an, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Bernama
Sat Aug 17 2013


TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Akta 555 memadai untuk kekang kegiatan sijil palsu - Zambry
Tiada keperluan untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) bagi mengekang kegiatan pengurniaan sijil akademik palsu.

Ibu bapa Zayn Rayyan tidak mengaku salah atas pertuduhan pindaan abai kanak-kanak
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik yang dibunuh, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan pindaan.

Indikator Ekonomi MADANI catat pencapaian positif - Dr Zaliha
Indikator yang menentukan kejayaan kerangka Ekonomi MADANI telah menunjukkan pencapaian positif setakat ini, kata Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Cubaan pindah khinzir disyaki dijangkiti demam babi Afrika gagal
Cubaan memindah keluar sejumlah khinzir yang disyaki dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF) dari daerah Sepang berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS Selangor).

Wanita cedera di perut ditikam anak saudara perempuan
Seorang wanita mengalami kecederaan di bahagian perut selepas ditikam dengan pisau oleh anak saudaranya ketika berlaku pertengkaran mulut antara mereka.

Bapa bintang bola sepak Sepanyol, Lamine Yamal ditikam - Laporan
Mounir Nasraoui, bapa kepada Lamine Yamal, ditikam pada lewat Rabu di tempat letak kereta di bandar Mataro di timur laut Sepanyol.

Wanita warga asing maut ditikam
Seorang wanita warga asing ditemukan mati dengan beberapa kesan tikaman di Flat Taman Indah, Batu Maung, semalam.

Wanita cedera parah ditikam selepas berlaku perselisihan faham - Polis
Seorang wanita tempatan cedera di bahagian perut dan beberapa bahagian tubuh yang lain, disyaki ditikam oleh seorang wanita lain di hadapan rumahnya di Batang Kali, petang tadi.

Pelancong Jerman maut ditikam berhampiran Menara Eiffel di Paris
Seorang pelancong Jerman maut manakala dua lagi cedera dalam serangan berhampiran Menara Eiffel di ibu negara Perancis pada Sabtu malam.

Suri rumah ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman di dada
Seorang suri rumah ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman di dada di dalam tandas rumahnya di Taman Vista Kirana, Bukit Katil, Melaka semalam.

Gara-gara hutang, lelaki parah ditikam
Gara-gara hutang, seorang lelaki parah akibat ditikam menggunakan senjata tajam dalam pergaduhan di sebuah pasar awam di Pulau Pinang pada petang Rabu.

Anggota polis parah ditikam dalam operasi dadah khas
Seorang anggota polis berpangkat konstabel parah ditikam di bahagian rusuk belakang dalam Op Tapis Khas Se-Malaysia di tempat letak kereta berbayar, Jalan Ungku Puan di sini, awal pagi tadi.

Penulis kontroversi Salman Rushdie cedera ditikam atas pentas
Penulis kontroversi Salman Rushdie, cedera selepas ditikam di atas pentas di sebuah acara di Institut Chautauqua, New York pada Jumaat.

Bayi ditemui maut dengan kesan tikam di dada
Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui mati dengan kesan tikam di bahagian kiri dada di sebuah rumah di Kemaman.