MALAYSIA
Pengusaha salun, suami didakwa sorok pil kuda dalam najis lembu dibawa ke mahkamah

Kesemua suspek berusia 25 hingga 39 tahun dijangka didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - Gambar/ Sinar Harian
PASIR MAS: Pengusaha salun dan kedai makan bersama suami serta tiga lagi ahli keluarga yang dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah jenis pil kuda seberat 35.4 kilogram (kg) bernilai RM5.04 juta yang disorok dalam najis lembu akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis.
Ringkasan AI
- Lima individu termasuk pengusaha salun dan ahli keluarga akan didakwa di Mahkamah Majistret atas penglibatan dalam sindiket pengedaran dadah jenis pil kuda seberat 35.4 kg bernilai RM5.04 juta yang disorok dalam najis lembu.
- Kesemua suspek berusia 25 hingga 39 tahun dijangka didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, selepas ditahan dalam operasi polis di Pasir Mas dan Tumpat pada 27 Jun lalu.
- Polis turut merampas aset mewah bernilai RM1.1 juta termasuk beg tangan berjenama, barang kemas dan sebuah kereta Mustang Ecoboost 2.3 dalam serbuan yang membongkar sindiket aktif sejak tiga tahun lalu.
Terdahulu, puluhan ahli keluarga kelima-lima suspek turut kelihatan di pekarangan mahkamah.
Ada dalam kalangan ahli keluarga suspek menjerit malah ada yang menangis semasa mereka turun dari trak polis.
Sinar Harian pada 3 Julai lalu melaporkan taktik licik satu sindiket dadah yang menyembunyikan puluhan kilogram pil kuda di bawah najis lembu terbongkar apabila polis melakukan enam serbuan di sekitar Pasir Mas dan Tumpat minggu lalu.
Menurut Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Deputi Komisioner Datuk Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali, sindiket yang dipercayai aktif sejak tiga tahun lalu itu berjaya ditumpaskan menerusi operasi pada 27 Jun, dengan penahanan enam suspek tempatan berusia 25 hingga 39 tahun termasuk seorang wanita.
Dalam serbuan bermula jam 11.15 pagi hingga 4.30 petang itu, polis berjaya merampas 35.4 kilogram pil kuda bernilai RM5.04 juta serta menyita beberapa aset mewah bernilai RM1.1 juta termasuk beg tangan berjenama, barang kemas dan sebuah kereta Mustang Ecoboost 2.3. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami