awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahmad Zahid lancar buku Ijtihad Demi Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga bazar Ramadan terima ujian besar pada hari pertama

Astro Awani
Astro Awani
14/04/2021
04:54 MYT
Peniaga bazar Ramadan terima ujian besar pada hari pertama
Keadaan di bazar Ramadan ketika ribut dan hujan lebat melanda beberapa kawasan di Lembah Klang pada Selasa. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bulan Ramadan disambut meriah oleh umat Islam di seluruh dunia walaupun berdepan pandemik COVID-19.
Di Malaysia, selain daripada beribadat, bulan ini sinomin dengan kemeriahan bazar Ramadan bagi menikmati juadah yang jarang ditemui sepanjang tahun.
Kebenaran untuk peniaga memulakan operasi mereka turut disambut meriah selepas berbulan hilang punca pendapatan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Namun, bagi peniaga di beberapa bazar Ramadan, keadaan ribut dan banjir kilat yang melanda Lembah Klang pada Selasa memberi ujian hebat pada 1 Ramadan.
Bukan sahaja tidak terima pengunjung, tetapi kanopi gerai mereka turut diterbangkan angin kencang yang menyebabkan mereka kerugian pada hari tersebut.
Beberapa video dan foto yang sempat dirakam orang ramai menunjukkan keadaan itu di beberapa lokasi.
Semalam mungkin bukan hari yang baik buat peniaga #BazarRamadan ekoran hujan lebat & angin kencang Ada yang jualannya rosak digenangi air Ada yang sakit badan berlawan dengan angin kencang dari menerbangkan kanopi Jangan putus asa, semoga rezeki kalian lebih baik hari ini pic.twitter.com/epYYfmU8db
— BERNAMA (@bernamadotcom) April 14, 2021
Muat naik itu turut mendapat reaksi netizen yang menggesa para peniaga untuk tidak berputus asa.
Mereka turut menggesa para peniaga untuk reda dan berlapang dada dengan segala ujian yang diterima terutamanya ketika bulan Ramadan yang mulia ini.
Topic Berkaitan
#Bazar Ramadan
#ribut
#banjir
#gerai
#peniaga
#COVID-19
#PKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan