awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden Pas nafikan mahu ketepikan Muhyiddin dalam PN
Thaipusam disambut meriah, tarik perhatian pengunjung dan pelancong
PDRM siasat kes lelaki didakwa cedera akibat dipukul polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga burger ditembak cuba tangkap penjenayah

Bernama
Bernama
16/10/2014
04:12 MYT
Peniaga burger ditembak cuba tangkap penjenayah
Kejadian berlaku kira-kira 8.15 malam ketika peniaga itu yang berusia 30 tahun sedang berniaga di hadapan pasar mini berkenaan. - Gambar Fail
Seorang peniaga burger cedera ditembak di kakinya ketika dia cuba menangkap seorang penjenayah yang cuba menyamun sebuah pasar mini di Taman Bukit Tembakau, Umbai, Merlimau di sini malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata kejadian berlaku kira-kira 8.15 malam ketika peniaga itu yang berusia 30 tahun sedang berniaga di hadapan pasar mini berkenaan apabila dia mendengar jeritan meminta tolong daripada isteri pemilik premis tersebut dan pada masa yang sama melihat seorang lelaki berlari keluar dari premis itu.
"Peniaga itu mengambil sebatang kayu lalu mengejar lelaki tersebut dan berjaya memukul bahagian belakang lelaki berkenaan yang sedang membonceng motosikal rakannya yang sedang menunggu tidak jauh dari situ, sebelum suspek melepaskan tembakan kepada mangsa dan mengenai kaki kanannya," katanya.
Suspek dan rakanya itu kemudiannya melarikan diri ke arah Lebuhraya AMJ (Alor Gajah-Melaka-Jasin).
Raja Sharom berkata semasa mahu merompak, penjenayah turut memukul wanita berkenaan dengan belakang pistol sehingga cedera di telinga kanannya.
"Namun penjenayah gagal melarikan wang tunai atau barang berharga dari pasar mini tersebut, apabila wanita berusia 49 tahun itu menjerit dan menyembur muka penjenayah dengan racun serangga yang disimpan di bawah kaunter pembayaran, menyebabkan penjenayah meluru keluar dari premis itu," tambahnya.
Peniaga burger dan wanita berkenaan kemudiannya dihantar ke Hospital Melaka dan keadaan mereka dilaporkan stabil.
Topic Berkaitan
#bunuh
#Jasin
#jenayah
#Raja Shahrom Raja Abdullah
#samun
#tembakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan