awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga di Bandar Lama gesa JKR baiki jambatan binaan zaman kolonial

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
20/02/2022
23:36 MYT
Peniaga di Bandar Lama gesa JKR baiki jambatan binaan zaman kolonial
Hampir dua bulan lalu jambatan itu ditutup selepas mengalami kerosakan akibat bencana banjir dan sering menjadi laluan kenderaan muatan berat. - Astro AWANI
GUA MUSANG: Hampir 100 peniaga di Bandar Lama, Gua Musang, Kelantan menggesa pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) membaiki segera struktur jambatan binaan zaman kolonial yang dibina sejak tahun 1940-an.
Jambatan Sungai Chindai sepanjang kira-kira 30 meter itu bukan sahaja menjadi kemudahan pengguna jalan raya tetapi penduduk kampung sekitar untuk ke Kampung Lembaga serta jalan alternatif ke Jeli.
Hampir dua bulan lalu jambatan itu ditutup selepas mengalami kerosakan akibat bencana banjir dan sering menjadi laluan kenderaan muatan berat.
"Jadi orang kampung nak lalu tak boleh, lagipun peniaga sini, perniagaan jadi kurang sangat.
"Saya harap kerajaan dan agensi berkaitan cepat-cepat baiki jalan bagi kereta kecil jalan dulu, kemudian buat projek yang besar untuk lori lalu," ujar Setiausaha Dewan Perniagaan Cina Gua Musang, Chang Chin Kok.
Jabatan Kerja Raya Gua Musang sebelum ini memaklumkan penutupan jalan itu bermula 13 Januari lalu.
Sehubungan itu, papan tanda lalu lintas dan papan tanda keselamatan telah dipasang untuk panduan pengguna jalan raya.
Topic Berkaitan
#Jambatan Sungai Chindai
#zaman kolonial
#JKR
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan