KUALA LUMPUR: Peniaga diingatkan tidak sesekali melakukan perubahan harga yang tidak seiring dengan kenaikan kos ditanggung dan perlu munasabah dalam membuat sebarang perubahan harga jual supaya tidak membebankan pengguna.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata ini kerana peniaga tertakluk kepada peruntukan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.
"Akta itu memperuntukkan bahawa peniaga tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan sekiranya perubahan harga yang dibuat menunjukkan kenaikan yang terlalu tinggi, mendadak dan mengambil untung secara tidak munasabah atau berlebihan," katanya dalam kenyataan semalam.
Kenyataan Rosol itu dikeluarkan bagi menjelaskan kenyataan beliau di Kuching, Sarawak pada Jumaat lepas berhubung isu perubahan dan ketidakstabilan harga barang keperluan makanan ketika ini, yang turut memberi kesan kepada perniagaan makanan bermasak.
Jelasnya, tiada istilah kerajaan memberi kebenaran kepada peniaga untuk menaikkan harga makanan dijual seperti dilaporkan, sebaliknya beliau menekankan mengenai penguatkuasaan kementerian dalam isu kenaikan harga barang dan makanan.
"Maksud sebenar saya berhubung 'peniaga boleh naikkan harga asalkan tidak mencatut' adalah menerangkan maksud berikut iaitu, selaras dengan penguatkuasaan AKHAP 2011, peniaga boleh menentukan sendiri harga jual makanan kepada pengguna, termasuklah dalam membuat sebarang perubahan harga jual, tetapi tetap tertakluk kepada peraturan-peraturan di bawah AKHAP 2011, termasuk tidak mencatut.
"Sebagai negara yang mengamalkan sistem ekonomi terbuka, harga barangan ditentukan oleh faktor permintaan dan penawaran. Begitu juga dalam isu harga makanan, yang peniaga boleh menentukan sendiri harga jual makanan kepada pengguna, termasuklah membuat sebarang perubahan harga jual," katanya.
Menurut Rosol, sekiranya kementerian menerima aduan berhubung harga, peniaga yang diadu akan disiasat dan boleh dikenakan tindakan di bawah AKHAP 2011.
Katanya, pengguna yang berdepan salah laku peniaga termasuk yang cuba mengambil keuntungan berlebihan dan mencatut, diminta mengemukakan aduan kepada saluran aduan rasmi kementerian bagi membolehkan siasatan dilakukan dan tindakan lanjut diambil.
"Gunakan kuasa pengguna anda sebaiknya," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 23 2022

ROSOL: Peniaga akan dikenakan tindakan sekiranya perubahan harga yang dibuat menunjukkan kenaikan yang terlalu tinggi, mendadak dan mengambil untung secara tidak munasabah atau berlebihan. - Gambar fail

Ten Hag teruja berkerjasama dengan Ronaldo di Man Utd
Ten Hag menyatakan dia teruja dengan prospek bekerja dengan salah seorang pemain hebat sepanjang zaman.

Kita pun nak sertai MN dulu tetapi kita ditolak - Muhyiddin
"Pada dasar, kita tak halang mana-mana parti, baik dalam PN untuk ambil apa-apa langkah kerana ia berpegang pada prinsip penyatuan ummah. Kalau lihat sejarah kita pun nak sertai MN dulu tetapi kita ditolak," kata Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pelabur asing kembali jual RM56.9 juta ekuiti minggu lalu
Laporan menunjukkan, pelabur runcit kekal menjadi pembeli bersih bagi minggu kelima berturut-turut sebanyak RM234.8 juta.

Pelancongan | Penerbangan terus ke Sandakan sedang diusahakan
Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah sedang berusaha merealisasikan penerbangan terus masuk ke Sandakan dari beberapa negara luar termasuk Singapura. Menterinya, Datuk Jafry Ariffin berkata, pihaknya mengambil maklum permohonan beberapa pihak mengenai perkara itu.

Kontraktor mengaku tidak bersalah tikam isteri dengan pisau
Tertuduh, Mohd Ghazali Nor Hisham, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Kemalangan maut 5 pelajar USAS: Pemandu treler didakwa hari ini
Lelaki berusia 28 tahun itu akan disabitkan atas lima pertuduhan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Niaga AWANI: Jiwa SME | Guna pengaruh media sosial tingkat jualan cakoi
Biarpun sudah semakin dikenali kebanyakkan warga Johor Bahru....cakoi warna warni, RR Cakoi di gerai sebelah Hospital Sultan Aminah (HSA), masih menggunakan pengaruh media sosial bagi mengetengahkan produk sedia ada. Pemiliknya, Ayza Sarbani berkata selain penggunaan Facebook, Instagram dan aplikasi Whatapss, dia juga menggunakan khidmat influancer untuk menggingatkan kembali kewujudan cakoi 20 perisa itu.

Niaga AWANI: Perdagangan | FDI suku pertama 2022 kekal tinggi
Untuk mengulas lanjut perkara ini, kita bersama dengan. Prof. Dr. Sufian Jusoh Pengarah Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) UKM

BTS pecah rekod 17 tahun, jadi pemenang terbanyak Billboard Music Awards
BTS yang tercalon lewat enam anugerah, membawa pulang tiga piala, dengan memecahkan rekod, sekali gus menjadikan mereka sebagai kumpulan terbanyak dalam sejarah BMA.

Penubuhan jawatankuasa kerja banteras buruh paksa langkah wajar selesai isu minyak sawit, getah - Zuraida
Ia adalah langkah wajar bagi menyelesaikan isu berkaitan komoditi negara khususnya minyak sawit dan getah.

Petrol bersubsidi: KPDNHEP pertimbang cadangan pamer notis di pintu sempadan
Usaha elakkan kenderaan asing mengambil kesempatan mendapatkan petrol bersubsidi berkenaan yang dikhaskan untuk warganegara Malaysia.

KPDNHEP ambil tindakan tegas pihak sewa lesen 'Ali Baba' - KSU
Tindakan tidak bertanggungjawab segelintir warga tempatan itu hanya merugikan negara serta menutup 'periuk nasi' orang lain.

Pegawai KPDNHEP direman, dipercayai minta rasuah RM3,000 selesaikan kes gas LPG
Suspek ditahan petang Jumaat di Bayan Baru ketika menerima wang berkenaan daripada pengadu.

Restoran caj harga tidak munasabah diberi notis
Pasukan penguat kuasa melakukan operasi mengejut di restoran terbabit selepas menerima aduan mengenai harga menu sarapan pagi yang tinggi.

Nanta nafi dakwaan berpihak terhadap AirAsia dalam isu kelewatan penerbangan
Nanta berkata pihaknya memahami isu berkaitan syarikat penerbangan tertakluk di bawah MAVCOM.

KPDNHEP siasat sisi kepentingan pengguna dalam isu kelewatan AirAsia
Isu kelewatan penerbangan Air Asia ke pelbagai destinasi dalam negara dikesan berlaku sejak hujung bulan lepas dan masih berlanjutan.

Premis jual 5,969 bateri tiruan bernilai RM24,960 diserbu
Siasatan mendapati premis itu telah menjual bateri tiruan sejak 2020 secara atas talian dan juga kepada pelanggan tetap.

Tiada kompromi bagi peniaga naikkan harga barang
Peniaga sepatutnya bertimbang rasa kerana dalam keadaan terdesak orang ramai tetap membeli walaupun pada harga yang mahal.

Pegawai penguat kuasa KPDNHEP periksa secara rawak status pengunjung, pekerja premis
Pegawai penguat kuasa KPDNHEP akan menjalankan semakan secara rawak status pengunjung dan pekerja di premis perniagaan di seluruh negara bagi mengekang penularan COVID-19.

KPDNHEP Johor buka sembilan kertas siasatan penjualan RON95 kepada warga asing
Sejak sempadan negara dibuka, pihak KPDNHEP menerima 18 aduan di Johor berhubung kesalahan itu.