Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang telah bersiap sedia dengan anggota penguatkuasanya untuk memastikan peniaga-peniaga di negeri ini mematuhi sifar peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berkuatkuasa 1 Jun depan.
Timbalan Pengarahnya Alwi Abdul Hamid berkata, pihaknya setakat ini telah melakukan pemeriksaan terhadap 349 premis di daerah di negeri ini dengan melibatkan 10,170 jenis barangan yang dikenakan GST.
"Pada 1 Jun akan datang kami akan pergi untuk membuat semakan sekali lagi untuk memantau dan mengingatkan peniaga supaya tidak mengenakan GST dan operasi ini juga akan melibatkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan Operasi Harga Khas Ramadan di Pasar Besar Kuantan di sini hari ini dengan melibatkan seramai 40 orang pegawai agensi penguatkuasa berkenaan.
Katanya peniaga yang ingkar dengan arahan itu akan dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Harga, Akta Anti Pencatutan, Akta Perlindungan Pengguna dan Akta Perihal Dagangan.
Sementara itu, katanya hasil operasi yang dilakukan hari ini mendapati tiada sebarang kenaikan harga barangan basah seperti ayam, sayur, daging dan ikan yang direkodkan di Pasar Besar Kuantan.
"Daging tempatan dijual pada harga RM30 sekilo, ayam RM8.50 seekor, di mana sebelum ini terdapat peniaga yang menjual dengan harga RM9 seekor, jadi saya nampak ada penurunan harga.
"Ikan kembung masih lagi dengan harga RM16 sekilo dan sayur-sayuran juga didapati tiada kenaikan harga, namun dalam masa yang sama kita berharap peniaga mematuhi harga barangan yang ditetapkan, jangan menaikkan harga dengan sesuka hati," katanya.
Beliau turut berpuas hati dengan harga makanan yang dijual di bazar-bazar Ramadan di negeri ini yang disifatkan berpatutan selain peniaga mematuhi arahan meletakkan tanda harga.
"Cuma ada segelintir peniaga sahaja yang masih degil dalam soal itu (meletakkan tanda harga), jadi kita berharap mereka dapat mematuhinya untuk mengelak daripada dikenakan tindakan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 30 2018
Peniaga yang ingkar dengan arahan itu akan dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Harga, Akta Anti Pencatutan, Akta Perlindungan Pengguna dan Akta Perihal Dagangan. - Gambar fail/AWANI/SHAHIR OMAR
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
KPDNKK Pahang tempat 50 pegawai pantau harga sempena Tahun Baru Cina
Sebanyak 12 jenis barang diletakkan di bawah Skim Kawalan Harga Tahun Baharu Cina 2019 yang berkuatkuasa selama 10 hari bermula 30 Jan dan berakhir pada 8 Feb.
Peniaga diminta patuhi arahan sifar GST pada 1 Jun
Peniaga yang ingkar dengan arahan itu akan dikenakan tindakan mengikut.
Lagi peniaga durian dikompaun kes alat timbang tak sah
Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Datuk Mark Ujin berkata, daripada jumlah itu, tiga kes adalah di Jerantut, dua di Raub dan satu kes di daerah ini.