awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga kedai makan rugi lebih RM400,000 terperdaya pelaburan bitcoin

Bernama
Bernama
27/01/2024
08:42 MYT
Peniaga kedai makan rugi lebih RM400,000 terperdaya pelaburan bitcoin
Mangsa telah mendaftar pelaburan menerusi pautan di Facebook dan telah berhubung dengan seorang individu dipercayai warga tempatan untuk membuat pembayaran.
JOHOR BAHRU: Seorang peniaga kedai makan kerugian lebih RM400,000 akibat terperdaya dengan penipuan pelaburan mata wang digital bitcoin di Facebook.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin berkata lelaki berusia 56 tahun itu, yang membuat laporan polis di sini semalam, mendaftar pelaburan menerusi pautan di Facebook dan telah berhubung dengan seorang individu dipercayai warga tempatan untuk membuat pembayaran.
"Mangsa secara keseluruhan telah membayar sebanyak RM413,522 di sembilan akaun berlainan bermula November tahun lepas sehingga Januari ini.
"Dalam masa dua bulan membuat pelaburan, mangsa mendapati nilai keuntungan telah meningkat sebanyak 1.5 juta dolar Amerika Syarikat menerusi sebuah aplikasi, namun individu tersebut memaklumkan mangsa perlu membayar sebanyak RM176,575 bagi proses pengeluaran pulangan itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa berasa tertipu selepas tidak dapat mengeluarkan keuntungan pelaburan justeru tampil membuat laporan polis.
Rahmat berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bitcoin
#pelaburan
#mata wang digital
#sindiket penipuan
#mangsa penipuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan