awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga maut tersepit MPV rempuh belakang lori

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
22/11/2023
23:20 MYT
Peniaga maut tersepit MPV rempuh belakang lori
Dalam kejadian jam 4.12 petang di Lebuh Raya Changlun-Kuala Perlis semalam, Toyota Avanza yang dipandu Mohd Ashraf dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sebelum melanggar belakang lori yang berada di sebelah kanan jalan. - Foto ihsan PDRM
ARAU: Seorang peniaga maut manakala seorang kontraktor cedera parah dalam kemalangan antara sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah lori satu tan di Lebuh Raya Changlun-Kuala Perlis semalam.
Kejadian berlaku berhampiran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Kampus Pauh Putra, di sini, mengakibatkan mangsa, Mohd Ashraf Mohd Nor, 26 tahun, maut di tempat kejadian.
Menurut Ketua Polis Daerah Arau Supt Ahmad Mohsin Md Rodi, Mohd Ashraf yang berasal dari Kangar, mengalami kecederaan parah pada badan dan kepala.
Katanya, dalam kejadian jam 4.12 petang itu, Toyota Avanza yang dipandu Mohd Ashraf menuju ke arah Arau dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sebelum melanggar belakang lori yang berada di sebelah kanan jalan.
Lori tersebut sedang berhenti untuk kontraktor melakukan kerja-kerja penyelenggaraan lampu jalan.
“Ketika kejadian, dua kontraktor sedang menggantikan lampu dan telah meletakkan kon dan penanda Awas. Tiba-tiba, sebuah kereta Avanza bergerak laju lalu merempuh bahagian belakang lori.
“Akibat pelanggaran itu, pemandu Avanza tersepit di bahagian tempat duduk pemandu manakala seorang kontraktor cedera parah di bahagian kepala sementara rakannya mengalami luka kecil,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Foto ihsan PDRM
Foto ihsan PDRM
Ahmad Mohsin berkata, mangsa berjaya dikeluarkan selepas pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Arau berjaya memotong besi pintu dan bahagian tempat duduk pemandu.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar untuk bedah siasat.
Dua kontraktor yang cedera turut dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Foto ihsan PDRM
Foto ihsan PDRM
Topic Berkaitan
#MPV rempuh lori
#polis Arau
#kemalangan jalan raya
#peniaga maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan