Semua 25,000 peniaga pasar tani di seluruh negara tidak dibenarkan mengambil bekalan daripada pemborong mulai 1 Jun depan sebagai langkah menurunkan harga.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata langkah itu dijangka dapat mengurangkan harga barangan keperluan antara lima hingga 20 peratus.
Bagi memudahkan peniaga mendapatkan bekalan, beliau berkata 100 lagi pusat pengumpulan bekalan baharu akan diwujudkan tahun ini sebagai tambahan kepada 100 pusat pengumpulan sedia ada.
"Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Pertubuhan Peladang akan membuat padanan dengan peniaga dan Jabatan Pertanian juga berjanji akan padankan tanaman kekal pertanian dengan peniaga pasar tani bagi memastikan mereka sentiasa mendapat bekalan mencukupi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan kementerian dan pelancaran kad Agro Visa Debit Agrobank, di sini hari ini.
Ismail Sabri berkata surat peringatan kepada peniaga telah dikeluarkan dan Fama akan bertemu dengan mereka untuk memberi penerangan mengenai perkara itu.
Menurutnya, peniaga yang gagal mematuhi arahan itu selepas tempoh yang ditetapkan akan dikeluarkan daripada senarai peniaga pasar tani.
"Kami beri tempoh kepada mereka sehingga Jun untuk bersedia dan tujuan kita adalah untuk membantu mereka mendapatkan produk yang lebih baik bukan untuk mengeluarkan mereka," katanya.
Beliau berkata langkah itu juga selaras dengan tujuan asal pasar tani iaitu untuk memudahkan petani memasarkan produk mereka.
"Sekarang ada dua jenis peniaga di pasar tani iaitu petani sendiri yang berniaga atau peniaga yang membeli bekalan daripada pemborong, sebab itu ada harga yang rendah dan ada yang tinggi ... ini sudah lari daripada tujuan asal penubuhannya," katanya.
Setakat ini, terdapat 580 pasar tani di seluruh negara.
Bernama
Wed Feb 25 2015
Semua 25,000 peniaga pasar tani di seluruh negara tidak dibenarkan mengambil bekalan daripada pemborong mulai 1 Jun depan sebagai langkah menurunkan harga. -Gambar fail
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Ladang tembikai wangi premium pertama di Malaysia: Mardi, Fama beri khidmat rundingan
Antara bantuan yang diberikan Mardi dan FAMA ialah khidmat rundingan berhubung pengendalian lepas tuai.
Lebih 85,000 anak pokok terjual di MAHA 2024
Lebih 85,000 anak pokok dijual sepanjang Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 yang boleh memanfaatkan tanah seluas 839 hektar.
MAHA 2024 catat 2.3 juta pengunjung setakat hari ketujuh
FAMA yakin sasaran tiga juta pengunjung pada MAHA 2024 yang sedang berlangsung di MAEPS Serdang ini mampu dicapai dalam tempoh terdekat.
FAMA Fest 2024 catat nilai jualan RM8.4 juta di tujuh negeri - Arthur
Program itu memberi manfaat kepada 808 usahawan serta dimeriahkan dengan kehadiran sebanyak 459,417 pengunjung.
FAMA sasar RM5 juta jualan di MAHA 2024
Sasaran itu meliputi lima kluster termasuk Kingdom of Agro Food; Food Empire & Food Viral; Food Truck Fiesta; Food Trade dan Rhythm of Farmers.
FAMA, TikTok anjur Kursus Pemasaran Digital buat usahawan OKU
FAMA dengan kerjasama TikTok Shop menganjurkan Kursus Upskilling Live Marketing bagi meningkatkan kemahiran usahawan OKU dalam pemasaran digital bermula Jumaat hingga Ahad lepas.
Ekspo Malaysia Fest sasar jualan RM20 juta, 140,000 pengunjung di Singapura
Ekspo Malaysia Fest 2024 selama empat hari bermula Khamis di Singapore Expo, Changi, menyasarkan nilai jualan langsung hampir RM20 juta dan 140,000 pengunjung.
Diskaun saman PDRM di pelancaran Bulan Kebangsaan di Cyberjaya
Orang ramai berpeluang menikmati tawaran pengurangan kadar kompaun saman PDRM sehingga 50 peratus pada Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024.
Jelajah di Sabah diharap tarik pengunjung ke MAHA 2024 di MAEPS September ini
Jelajah Road to MAHA@Sabah bermula di Kota Kinabalu semalam, diikuti ke Kota Belud, Kundasang, Telupid dan berakhir di Sandakan.
FAMA sasar RM2 juta nilai jualan Karnival Agro Madani 2024
Aminuddin berkata karnival itu dijangka mampu menarik lebih 200,000 pengunjung dengan penyertaan seramai 689 usahawan.