awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyokong Selangor FC disyaki terlibat insiden bakar suar disambung reman
Kerajaan jangka defisit fiskal susut kepada 3.5 peratus tahun ini - Amir Hamzah
Melaka terima pelaburan lebih RM9 bilion bangunkan pusat data AI di Jasin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga, pekebun durian dari luar perlu jalani ujian saringan sebelum ke Raub

Bernama
Bernama
28/07/2021
20:52 MYT
Peniaga, pekebun durian dari luar perlu jalani ujian saringan sebelum ke Raub
Arahan menjalani ujian saringan dibuat Yang Dipertua Majlis Daerah Raub pada Isnin selepas berlaku penularan wabak dalam kalangan peniaga dan pekebun durian di daerah itu. - Gambar hiasan
KUANTAN: Semua peniaga dan pekebun durian dari luar Raub perlu menjalani ujian saringan tindak balas berantai polimerase (PCR) COVID-19 sekurang-kurangnya tiga hari sebelum perjalanan, berkuat kuasa serta-merta.
Jabatan Pertanian dalam kenyataan semalam memaklumkan keputusan ujian saringan itu perlu dikemukakan kepada pihak berkuasa di sekatan jalan raya daerah Raub sebagai bukti.
"Semua pemegang Surat Pengesahan Keterlibatan Dalam Aktiviti Rantaian Pembekalan dan Pemasaran Berkaitan Keperluan Makanan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia perlu mematuhi arahan ini," menurut kenyataan itu.
Jabatan itu berkata ketetapan tersebut dibuat ekoran arahan menjalani ujian saringan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Raub menerusi surat pada Isnin lepas kepada pegawai pertanian daerah selepas berlaku penularan wabak dalam kalangan peniaga dan pekebun durian di daerah berkenaan.
Perkara itu juga sejajar dengan kuasa yang diberikan kepada Majlis Daerah Raub berdasarkan Seksyen 72(1)(f)(i) Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi jabatan berkenaan di talian 09-3551 267 atau 013-9657 293 pada waktu pejabat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pekebun durian
#peniaga
#ujian saringan
#Raub
#pcr
#COVID-19
#jabatan pertanian
#pekebun
#durian
#Sekatan Jalan Raya
#pegawai pertanian daerah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan