awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengukuhan ringgit 'membimbangkan' rakyat Singapura
Lelaki Nigeria campak cucu dari tingkat tiga dihukum gantung sampai mati
Dewan Perwakilan AS luluskan RUU lanjutkan subsidi penjagaan kesihatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga positif HIV didakwa rogol remaja bawah umur

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
03/08/2021
07:40 MYT
Peniaga positif HIV didakwa rogol remaja bawah umur
Tertuduh (tengah) dikawal ketat dua anggota polis ketika dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Pasir Mas, pada Selasa. - Gambar SINAR HARIAN
PASIR MAS: Seorang peniaga ayam yang positif HIV didakwa di Mahkamah Sesyen Pasir Mas hari ini, terhadap pertuduhan merogol remaja di bawah umur yang dipercayai kekasihnya, Mac lalu.
Bagaimanapun, tertuduh yang berusia 24 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Badrul Munir Mohd Hamdy.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang kanak-kanak berusia 15 tahun tujuh bulan ketika kejadian dengan mengetahui bahawa dirinya menghidap HIV dalam sebuah kereta Perodua Kembara di Jalan Kampung Laut 1, Tumpat, pada waktu malam sekitar Mac lalu.
Pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (i) Kanun keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen 376 (2) kanun yang sama//
Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun dan sebat. Terdahulu, peguam Mohd Khuzaimi Mohd Salleh memohon supaya anak guamnya diberi ikat jamin.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwaraya, Hajarul Falenna Abu Bakar tidak mencadangkan sebarang jaminan kerana bimbang tertuduh menganggu mangsa yang sedang mengandung lima bulan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes serta untuk serahan dokumen laporan perubatan.
Difahamkan, keluarga tertuduh membayar wang jaminan tersebut.
Topic Berkaitan
#peniaga ayam positif HIV
#peniaga positif HIV
#Rogol remaja bawah umur
#Mahkamah Sesyen Pasir Mas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan