awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
Menteri Kabinet ucap selamat Hari Krismas, tekankan nilai saling menghormati
GV Ride raikan komuniti dengan Santa Claus, kejutan Krismas unik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga roti canai dipenjara sebulan masuk Istana Negara tanpa kebenaran

Bernama
Bernama
07/09/2023
09:16 MYT
Peniaga roti canai dipenjara sebulan masuk Istana Negara tanpa kebenaran
Lelaki itu didakwa memasuki kawasan larangan tanpa kebenaran pada 7.45 malam, 3 Sept lalu. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang peniaga roti canai dipenjara sebulan dan didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana memasuki kawasan Istana Negara tanpa kebenaran.
Majistret Nurul Izzah Shaharuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Amrin Amiruddin, 39, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut dan memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 3 Sept lepas.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara dua minggu jika gagal membayar denda.
Lelaki itu didakwa memasuki kawasan larangan tanpa kebenaran ke dalam Istana Negara yang merupakan harta milik Yang di-Pertuan Agong di Pintu 1, Istana Negara, Jalan Tunku Abdul Halim, Bukit Damansara di sini, pada 7.45 malam, 3 Sept lalu.
Pertuduhan mengikut Seksyen 5 Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 7 akta sama, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya Sheryn Yong Shi Yee memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh.
Ketika ditanya Nurul Izzah mengenai rayuan bagi mengurangkan hukuman, Amrin yang tidak diwakili peguam memaklumkan dia tiada rayuan untuk dikemukakan kepada mahkamah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#peniaga roti canai
#dipenjara sebulan
#masuk Istana Negara
#kawasan larangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan