Bahagian Kuching mencatat peningkatan kes demam denggi secara mendadak dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.
Pegawai Kesihatan Bahagian Kuching, Dr Azlee Ayub berkata bagi tempoh Januari hingga April tahun ini, sebanyak 159 kes demam denggi dilaporkan di bahagian Kuching berbanding 11 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.
Bagaimanapun, belum ada kes yang melibatkan kematian dilaporkan tahun ini.
"Peningkatan kes denggi ini amat membimbangkan terutama jika melibat kematian dan kita perlu berusaha dengan lebih gigih bagi memastikan keadaan berisiko ini dapat dicegah awal," kata beliau ketika berucap pada penutupan Program "Community Outreach" pencegahan zika dan Penyakit Bawaan Vektor 2019 di SK Gersik di sini, hari ini.
Program ini adalah inisiatif Kedutaan Amerika Syarikat melalui kerajaan pusat dengan menyediakan dana kepada Kementerian Kesihatan Malaysia bagi projek pencegahan dan kawalan zika di peringkat Asia Pasifik.
Menurut Dr Azlee, penyakit demam denggi, zika dan chikungunya dibawa oleh punca vektor yang sama, iaitu nyamuk Aedes.
Beliau berkata semakin tinggi populasi nyamuk Aedes maka semakin tinggi risiko penduduk terdedah, bukan sahaja kepada jangkitan demam denggi tetapi juga penyakit zika dan chikugunya.
Menurut Dr Azlee lagi, kejadian penyakit akibat nyamuk aedes lebih kepada isu atau masalah kebersihan persekitaran rumah.
Justeru, beliau mengajak masyarakat agar meluangkan masa 10 minit dalam seminggu untuk membersihkan kawasan rumah dan dan persekitaran untuk memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Sementara itu, Dr Azlee telah mengesahkan kematian seorang pelajar sebuah universiti di Kota Samarahan minggu lepas adalah akibat serangan penyakit Japanese Encephalitis (JE).
Katanya, pelajar terbabit dijangkiti penyakit berkenaan pada tahun lepas, tetapi meninggal minggu lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 03 2019
Pembasmian tempat pembiakan nyamuk Aedes amat penting untuk mengawal ancaman penyakit ini. - Gambar fail
Portal MYStartup dilancar, platform sehenti untuk syarikat pemula
MYStartup Single Window direka untuk memupuk kerjasama, inovasi dan jangkauan global, menawarkan maklumat yang teratur kepada pengasas, pelabur dan bakat teknologi.
Penyiasatan melalui data sistem pemantauan penerbangan
Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Prof Madya MEJAR Dr Mohd Harridon Suffian, berkata usaha mengenalpasti data penting akan ditumpukan oleh pasukan mencari dan menyelamat bagi melengkapkan siasatan berhubung nahas.
Nahas Helikopter: TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca dua helikopter yang terhempas semasa raptai Perbarisan Hari TLDM Ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, pada 9.32 pagi, Selasa.
'Malaysia ada kelebihan di Piala Thomas'
Pemain profesional negara Cheam June Wei menyifatkan pasukan negara mempunyai kelebihan tersendiri pada pertarungan pusingan pertama bertemu Hong Kong pada kejohanan Piala Thomas 2024.
Nahas helikopter Lumut: 'Hari yang amat menyedihkan buat kita semua' - MB Perak
Saarani turut mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga wira-wira TLDM yang terlibat dalam tragedi kemalangan helikopter itu.
Keracunan makanan: KPM lakukan siasatan penuh
Kementerian Pendidikan (KPM) akan melakukan siasatan penuh dan terperinci berhubung kejadian lebih 70 pelajar di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu mengalami keracunan makanan Sabtu lepas.
Jalan alternatif Kampung Kundur ke Bandar Lama Gua Musang ditutup - JKR
Jalan alternatif dari Kampung Kundur ke Bandar Lama Gua Musang (laluan D238) akan ditutup bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan Jambatan Kampung Kerinting yang baharu.
Nestlé Malaysia Bhd kembali perkenal peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup
Nestlé Malaysia Bhd memperkenalkan semula peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada komuniti tempatan.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran lebih kondusif dan mengelak ketirisan dan penyeludupan berterusan.
Lawatan Rasmi: Mohamad ke China bermula hari ini
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan lawatan rasminya yang pertama ke China selama tiga hari bermula hari ini.
Demam denggi: Tiga kematian direkodkan pada ME-13
Jumlah kes demam denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 2,579 berbanding 3,041 kes pada minggu sebelumnya.
Kes demam denggi meningkat pada ME12, empat kematian dilaporkan
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan menerusi kenyataan berkata empat kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada ME12.
Kes denggi menurun pada ME06, satu kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 3,631 pada Minggu Epidemiologi ke-06 (ME06) 2024 dengan satu kematian dilaporkan.
Kes denggi meningkat 5.8 peratus, tiga kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi meningkat 5.8 peratus kepada 2,608 kes pada Minggu Epidemiologi ke-23 (ME23) iaitu bagi tempoh 4 hingga 10 Jun berbanding 2,466 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Kes denggi catat penurunan minggu lepas
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 8,968, berbanding 2,948 kes bagi tempoh sama tahun 2022.
Kes demam denggi meningkat ke 2,520 kes
Ia menyaksikan peningkatan sebanyak 13.6 peratus dengan satu kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan
Denggi: Kes di Ipoh meningkat 214.6 peratus, dengan 1 kematian
Peningkatan itu adalah sebanyak 367 kes (214.6 peratus) berbanding 171 kes dengan satu kematian pada tempoh sama tahun lalu.
Selangor catat kes denggi tertinggi pada minggu epidemiologi ke-39
Ia diikuti Sabah dengan 173 kes, Kuala Lumpur dan Putrajaya (163), Johor (131), Negeri Sembilan (46), Pulau Pinang (42) dan Kedah (40).
Kes chikungunya meningkat di Pulau Pinang
Kes chikungunya di Pulau Pinang merekodkan peningkatan mendadak dalam tempoh seminggu dengan 55 kes dicatatkan bagi tempoh 7 hingga 13 Jun lepas, berbanding 157 kes bagi tempoh Januari hingga 6 Jun.
Trivia: 5 wabak ini pernah mengancam nyawa rakyat Malaysia
Penularan wabak penyakit semestinya menakutkan populasi dunia. Lebih-lebih lagi jika ia muncul secara tiba-tiba dan tiada vaksin dapat mencegahnya.