Polis mendapatkan perintah tahanan reman selama seminggu bermula hari ini terhadap seorang penjaga lembu bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang bekas guru Jabatan Kebajikan Masyarakat (Kemas) semalam.
Majistret Shahwira Abdul Halim mengeluarkan perintah tahanan reman sehingga 11 Nov ini bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Suspek berusia 24 tahun yang memakai baju lokap berwarna oren dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Selangor pada pukul 11.30 pagi dengan menaiki kenderaan polis jenis Proton Waja dan meninggalkan kawasan mahkamah pada pukul 12 tengah hari.
Dalam kejadian pada 4.45 pagi semalam, Sadariah Tohbasar @ Ahmad, 65, yang bekerja sebagai tukang jahit dan membuat kuih ditekup mukanya dengan bantal sehingga mati oleh seorang daripada dua lelaki yang merompak rumah kedainya di Jalan Parit 6 Timur, Sungai Besar, Sabak Bernam.
Lebih menyayat hati, kejadian itu berlaku di hadapan cucunya, Mohd Hafizul Azwan Mohd Aznan, 17, yang diikat oleh perompak berkenaan.
Kedua-dua perompak itu yang dipercayai warga tempatan melarikan pelbagai barangan kemas serta wang tunai RM500 daripada mangsa.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Noor Mushar Mohamad ketika dihubungi berkata hasil siasatan awal, suspek ditahan di tempat kerjanya di ladang lembu Tanjung Malim, Perak, pada pukul 4 petang semalam.
"Kita percaya penahanan dan siasatan ke atas suspek akan membawa kepada penahanan dalang sebenar kejadian itu dalam masa terdekat," katanya.
Bernama
Mon Nov 05 2012
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
Tabika Pra Hafiz Kemas bukti Islam lebih kukuh di bawah Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Program Tabika Pra Tahfiz Jabatan Kemajuan Masyarakat membuktikan agama Islam tidak terancam di bawah pemerintahan Kerajaan Perpaduan.
Terima anugerah Reader's Digest buat kali kelima, Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Kemas
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang meraih Anugerah Jenama Paling Dipercayai buat kali kelima bagi kategori Pu
Kemas tambah kelas pendidikan awal kanak-kanak bermula Mac tahun depan - Ahmad Zahid
Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan menambah kelas bagi operasi pendidikan awal kanak-kanak di 53 premis pembelajaran sedia ada bermula Mac tahun depan.
Agong berkenan saksi pemeteraian MoA Kemas, Yayasan Pahang
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menyaksikan Majlis Menandatangani MoA antara Kemas dan Yayasan Pahang, hari ini.
Penstrukturan semula gaji guru Kemas masih dalam perbincangan
Cadangan penstrukturan semula gaji tenaga pengajar Tabika di bawah Kemas mengikut kelulusan dan pengalaman masih di peringkat perbincangan.
180 taska, tabika kelolaan Kemas seluruh negara ditutup ekoran HFMD
Penutupan tersebut adalah selama 10 hari atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia.
Tiada penularan HFMD di Taska, Tabika Kemas setakat ini
Tiada penularan jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Tabika dan Taska di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) setakat ini.
98 peratus guru Kemas terima suntikan vaksin
Dua peratus lagi belum mendapatkan suntikan ekoran nasihat doktor, antaranya kerana masalah kesihatan, alahan dan mengandung.
Persekolahan secara bersemuka Tabika Kemas ditangguh
Sesi persekolahan Tabika Kemas secara bersemuka di seluruh negara yang sepatutnya bermula pada 20 Jan ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
COVID-19: 383 tabika dan taska Kemas ditutup
Sejumlah 383 taman bimbingan kanak-kanak (tabika) dan taman asuhan kanak-kanak (taska) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) telah ditutup setakat ini.