awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 1 juta rakyat Terengganu nikmati manfaat PJRM - KPDN
“Nak mohon maaf dengan siapa?" - Fikiran Ziana kosong, Aidilfitri akan terasa sunyi
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjaga parkir bekal sijil sakit palsu dihukum penjara 18 bulan

Bernama
Bernama
17/03/2017
06:30 MYT
Penjaga parkir bekal sijil sakit palsu dihukum penjara 18 bulan
Tertuduh didakwa bersubahat dengan tiga individu bagi mendapatkan sijil cuti sakit palsu itu di kawasan tempat letak kereta di Jalan Yamtuan di Seremban pada 18 April 2016.
Seorang penjaga tempat letak kereta dijatuhi hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas dia mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan bersubahat membekalkan sijil sakit palsu hospital kerajaan.
Mohd Nor Izwan Shah Mustapha Kamal, 37, dijatuhi hukuman penjara enam bulan bagi setiap pertuduhan itu, menjadikan jumlahnya 18 bulan.
Bagaimanapun, dia hanya perlu menjalani hukuman penjara enam bulan sahaja selepas Majistret Nurulfitriza Abd Latif memerintahkan hukuman itu berjalan serentak dari tarikh tangkap 4 Jan lepas.
Tertuduh didakwa bersubahat dengan tiga individu bagi mendapatkan sijil cuti sakit palsu itu di kawasan tempat letak kereta di Jalan Yamtuan di sini pada 18 April 2016 mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 471 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Mengikut fakta kes, tertuduh menerima keuntungan bagi mendapatkan sijil cuti sakit palsu tersebut.
Terdahulu, peguam Che Muji Che Noh yang mewakili tertuduh memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman penjara paling minimum kerana anak guamnya perlu menanggung keluarga dan tiada rekod jenayah lampau.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Soo Kok Weng. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hukuman penjara
#Mahkamah Majistret
#penjaga tempat letak kereta
#sijil sakit palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan