awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjara dua tahun, denda RM2,000 kepada individu tidak berpuasa di Kelantan

Bernama
Bernama
28/03/2022
22:15 MYT
Penjara dua tahun, denda RM2,000 kepada individu tidak berpuasa di Kelantan
Antara lokasi panas yang sering dijadikan tempat individu tidak berpuasa adalah seperti di restoran milik orang bukan Islam, kawasan tangga di pasar raya dan kawasan tersembunyi. - Gambar fail/hiasan
KOTA BHARU: Umat Islam di Kelantan yang ditangkap kerana tidak berpuasa pada bulan Ramadan bakal berdepan hukuman lebih berat mengikut Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019.
Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) Dr Hasnan Ramli berkata Seksyen 10 enakmen tersebut, memperuntukkan hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya.
"Sebelum ini, hukuman bagi kesalahan tidak berpuasa hanya denda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga setahun, tetapi kali ini hukuman lebih berat menanti pesalah selepas enakmen itu baharu diluluskan November lepas.
"Sepanjang Ramadan ini juga, 60 penguat kuasa JAHEAIK akan menjalankan pemantauan di kira-kira 50 lokasi panas, dengan dibantu 700 sukarelawan Skuad Amru," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan rompi kepada anggota penguat kuasa Undang-Undang Syariah Kelantan di Balai Islam Lundang di sini, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Dr Hasnan berkata antara lokasi panas yang sering dijadikan tempat individu tidak berpuasa adalah seperti di restoran milik orang bukan Islam, kawasan tangga di pasar raya dan kawasan tersembunyi.
"Walaupun kita lebih kepada pendekatan menasihati, tindakan tegas tetap akan diambil ke atas orang yang tidak menghormati Ramadan khususnya yang mengulangi kesalahan dan ditangkap buat kali kedua.
"Tindakan juga boleh diambil terhadap mereka yang membekal dan menjual makanan kepada individu tidak berpuasa mengikut enakmen tersebut," katanya yang mengesahkan hanya tiga tangkapan dilakukan melibatkan lelaki tidak berpuasa pada tahun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tidak berpuasa
#hukuman berat
#Ramadan
#Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan