KUALA LUMPUR: Kira-kira 1.7 juta penjawat awam terutama daripada golongan B40 kini berpeluang membeli atau memperbaharui takaful (insurans) kenderaan mereka secara ansuran tanpa sebarang faedah melalui pelaksanaan Skim MyezyCover yang diperkenalkan kerajaan hari ini.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan berkata skim patuh syariah itu dilaksanakan dengan pembiayaan RM100 juta melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), MyAngkasa Amanah Berhad (MAAB) dan A Tech Insure Sdn Bhd (ATECH).
"Pada peringkat awal ini, program disasarkan kepada penjawat awam khasnya B40 sebelum diperluaskan kepada golongan pesara (kerajaan) dan syarikat swasta yang mana mereka boleh membeli insurans (takaful kenderaan) secara ansuran sama ada setiap bulan, setiap tiga atau empat bulan atau sekali gus.
"Apabila mereka buat pembayaran sekali gus, mereka akan dapat 10 peratus diskaun dengan pembayaran adalah menerusi potongan gaji oleh Angkasa," katanya pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Skim MyezyCover di Menara Perkeso di sini hari ini.
Pada majlis perjanjian itu, Perkeso diwakili Ketua Eksekutifnya Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed; ATECH diwakili Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syed Alwi Mohamed Sultan manakala MAAB oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Faudzi Mt Din.
Saravanan berkata penglibatan Perkeso dalam program skim itu adalah sebagai pelabur kerana kerajaan menyedari terdapat penjawat awam khususnya daripada golongan B40 berdepan dengan kedudukan kewangan yang sekadar "cukup-cukup" untuk membeli takaful kenderaan mereka.
"Keadaan ini menyebabkan ada daripada mereka terpaksa menunggu sehingga mendapat gaji untuk membeli takaful kenderaan sekiranya tempoh takaful kenderaan itu tamat pada pertengahan bulan.
"Ada juga kumpulan-kumpulan ini memiliki road tax (lesen kenderaan motor) dan insurans kerana meminjam Ah Long (peminjam wang tidak berlesen) selain melalui koperasi dan menggunakan kad kredit.
Jadi melihat pada kerugian aliran tunai melalui pinjaman ini, saya berbincang dengan syarikat sektor insurans dan diberitahu mereka tiada halangan untuk berikan ansuran selagi ada pihak ketiga boleh bayarkan (biaya) dahulu. Jadi saya telah berbincang dengan Perkeso dan pihak lain kemudiannya untuk menyertai program sebagai pelabur," katanya.
Saravanan yakin program itu akan dapat membantu kerajaan membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat memandangkan lebih ramai penjawat awam berupaya mengurangkan bebanan kewangan mereka.
Sementara itu, Pengerusi ATECH Tan Sri Abu Kassim Mohamad dalam kenyataan berkata dengan ansuran serendah RM50 sebulan, Skim MyezyCover itu dapat membantu penjawat awam menguruskan pegangan tunai untuk digunakan pada perbelanjaan lain.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 24 2021

Menurut Saravanan, beliau yakin program itu akan dapat membantu kerajaan membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat memandangkan lebih ramai penjawat awam berupaya mengurangkan bebanan kewangan mereka. - Gambar fail

Monsun Timur Laut: JPBN Sarawak bersiap siaga hadapi bencana
Sarawak telah bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan bencana banjir dan hujan lebat yang dibawa oleh angin Monsun Timur Laut.

Banjir: Satu PPS dibuka di daerah Kubang Pasu
Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam ini di daerah Kubang Pasu bagi menempatkan 21 mangsa banjir daripada enam keluarga.
Umpama mimpi jadi kenyataan buat anak yatim Iraq
Yayasan Rumah Iraq untuk Kreativiti ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 2004 dengan tujuan untuk melindungi kanak-kanak gelandangan dan anak yatim di Baghdad.
Pasukan SAR teruskan usaha mencari mayat
Pasukan mencari dan menyelamat dari Libya dan Algeria meneruskan usaha mencari mayat mangsa banjir besar selepas dua empangan pecah pada dua minggu lepas.

Kolokium Timbang Tara Antarabangsa London himpun pakar undang-undang bincang kes Sulu
Kolokium itu membawa bersama ilmu dan pengalaman rakan-rakan persidangan untuk menyampaikan penilaian akademik secara mendalam akan impak kes Sulu.

Piala Malaysia: Perak FC layak ke separuh akhir
Perak FC layak ke separuh akhir Piala Malaysia biarpun menang tipis 1-0 berdepan Sabah FC pada aksi suku akhir kedua piala berprestij itu di Stadium Perak, malam ini.
30 kumpulan koir akan menyanyi di Pesta Antarabangsa Samaa
Perayaan lagu tahunan yang bermula pada Jumaat nanti akan berlangsung di North Wall Theatre di Kaherah.
EU bimbang pengambil alihan booking jejas pasaran
Kesatuan Eropah (EU) pada Isnin mengambil keputusan untuk menyekat agensi pelancongan dalam talian terkemuka Amerika Syarikat, Booking holdings daripada mengambil alih syarikat tempahan penerbangan Sweden, Etraveli Group.
Keputusan itu adalah bagi melindungi pasarannya yang mana pengambil alihan Booking dapat menggugat pasarannya di Eropah dan menjadi lebih dominan di rantau itu.
Keputusan itu adalah bagi melindungi pasarannya yang mana pengambil alihan Booking dapat menggugat pasarannya di Eropah dan menjadi lebih dominan di rantau itu.
Ketua mafia Messina Denaro meninggal dunia
Ketua Mafia yang paling dikehendaki di Itali, Matteo Messina Denaro yang diberkas pada Januari selepas menjadi pelarian selama 30 tahun meninggal dunia.
Polis kutip RM302 juta, Januari hingga Ogos
Polis merekodkan kutipan kompaun lebih RM300 juta membabitkan 3.8 juta saman bagi lapan bulan pertama tahun ini.

Pasca PRU15: BN mohon tangguh menghadap Agong, kekal pendirian tidak sokong PH, PN
Seramai 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang bermesyuarat pada Selasa memohon agar sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, yang dijadualkan pagi Rabu, ditangguhkan.

Pasca PRU15: Sudah ada pilihan hati - Saravanan
Datuk Seri M Saravanan memberi bayangan bahawa sudah ada pilihan hati dibuat berhubung gabungan untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

PRU15: Saingan 7 penjuru di Chenderiang, lagi mudah untuk BN menang - Saravanan
M Saravanan yakin akan berjaya mempertahankan kerusi itu yang dimenangi sejak 2008 pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRU15: Bukan senang ambil hati golongan belia - Saravanan
Beliau berkata belia kini khususnya yang berumur 18 tahun ke atas amat matang dan mampu membezakan baik buruk sesuatu perkara.

PRU15: Majikan tidak benar pekerja keluar mengundi berdepan tindakan
Majikan perlu memberi kelonggaran kepada pekerja masing-masing untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini, atau berdepan tindakan.

'Rafizi oh Rafizi ... susah dia ini, kalau tak tahu tolong tanya' - Saravanan
Datuk Seri M Saravanan menempelak Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang disifatkan sudah ketandusan model dan mengikut 'telunjuk' DAP.

Subahan dilantik sebagai Pengerusi Perkeso
Subahan dilantik menggantikan Dr Mohamed Haniffa yang telah memegang jawatan berkenaan untuk tempoh lebih dua tahun tiga bulan.

Temu duga pengambilan pekerja asing boleh diadakan di JTK negeri
Sesi temu duga pengambilan pekerja asing oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) boleh diadakan di Jabatan Tenaga Kerja di setiap negeri dan bukan hanya di Putrajaya.

Pindaan akta wujudkan kesatuan sekerja matang, progresif - Saravanan
Rang Undang-Undang Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2022 dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini.

Syor MPN: KSM akan hantar laporan terkini kepada Muhyiddin - Saravanan
Kementerian Sumber Manusia akan menghantar laporan terkini kepada Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu kekurangan tenaga kerja asing, terutama bagi PMKS.