awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam cuai, tidak laksana arahan kerajaan wajar dikenakan tindakan - Patriot

Bernama
Bernama
09/02/2019
02:45 MYT
Penjawat awam cuai, tidak laksana arahan kerajaan wajar dikenakan tindakan - Patriot
Mohamed Arshad berkata situasi 'Napoleon kecil' itu tidak harus dibiarkan berterusan memandangkan kerajaan PH sedang melakukan yang terbaik bagi memperbetulkan salah laku kerajaan terdahulu. - Gambar fail
Penjawat awam di semua peringkat yang secara sengaja atau cuai serta tidak melaksanakan arahan kerajaan baharu wajar dikenakan tindakan disiplin, kata Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan Datuk Mohamed Arshad Raji.
Beliau berkata semua penjawat awam harus mengamalkan sikap kerja 'tiada karut-marut' sebagai mendukung usaha kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk memulihkan keadaan setelah mengambil alih tampuk pemerintahan daripada kerajaan terdahulu.
"Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa masih terdapat pegawai kementerian dan jabatan yang masih menyokong kerajaan terdahulu.
"Aktiviti dan tindak tanduk mereka yang melambat-lambatkan kerja termasuk juga yang bertentangan dengan prinsip kerajaan yang memerintah amatlah mengecewakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohamed Arshad yang menyifatkan situasi berkenaan sebagai 'Napoleon kecil' tidak harus dibiarkan berterusan memandangkan kerajaan PH sedang melakukan yang terbaik bagi memperbetulkan salah laku kerajaan terdahulu khususnya dalam tadbir urus kewangan dan ekonomi negara.
Dalam pada itu, beliau turut menyeru agar kerajaan menguatkuasakan pengawasan lebih rapi terhadap perbuatan menyebarkan mesej khususnya di media sosial yang berniat jahat serta menimbulkan kebencian di kalangan rakyat terhadap kerjaan PH.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arahan
#karut-marut
#kerajaan
#kerajaan baharu
#Mohamed Arshad Raji
#Napoleon kecil
#Pakatan Harapan
#Patriot
#penjawat awam
#salah laku
#tadbir urus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan