awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam didakwa minta, terima suapan RM15,000

Bernama
Bernama
18/10/2022
06:16 MYT
Penjawat awam didakwa minta, terima suapan RM15,000
Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, atas dua pertuduhanan meminta dan menerima suapan berjumlah RM15,000, dua tahun lepas.
KOTA KINABALU: Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas dua pertuduhanan meminta dan menerima suapan berjumlah RM15,000, dua tahun lepas.
Ali Hashin Nasip, 54, yang bertugas sebagai pemandu kenderaan di sebuah agensi kerajaan negeri membuat pengakuan berkenaan selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.
Dia didakwa secara rasuah meminta suapan wang tunai RM10,000 daripada seorang individu pada 5 Sept 2020 di Pejabat Tanah Daerah Kudat sebagai dorongan mempercepat permohonan kelulusan lanjutan tempoh pajakan tanah milik individu tersebut.
Ali Hashin juga secara rasuah menerima suapan wang tunai bernilai RM5,000 bagi tujuan yang sama di sebuah restoran di sini pada 19 Sept tahun yang sama.
Dia didakwa di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang mempertuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Hakim Abu Bakar membenarkan tertuduh dijamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Nov depan untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa SPRM Norsham Saharom dan Joe Randy Juster manakala Ali Hashin tidak diwakili peguam. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#penjawat awam
#terima suapan
#kelulusan lanjutan
#tempoh pajakan tanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan