TAWAU: Seorang penjawat awam didenda RM5,000 di Mahkamah Majistret Tawau selepas mengaku bersalah memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian seorang pelajar lelaki, dua tahun lalu.
Tertuduh, Sekila Kasinadi, 29, didakwa melakukan kesalahan itu di Kampung Indah, Jalan Merotai, dalam daerah Kalabakan, pada jam 7 pagi, 17 Julai 2019.
Berdasarkan pertuduhan pilihan yang dibacakan, Sekila didakwa memandu dengan cuai ketika dalam perjalanan dari Felda Umas ke Wisma Kastam Tawau.
Tertuduh cuba memintas sebuah lori di hadapannya, sebelum merempuh sebuah motosikal dari arah bertentangan yang dinaiki seorang pelajar sekolah lelaki, Muhammad Rayyan Bisanga, 18.
Dalam kejadian itu, Muhammad Rayyan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kerana mengalami kecederaan parah akibat rempuhan itu.
Sehubungan itu, tertuduh didakwa mengikut pertuduhan pilihan Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dan boleh dihukum di bawah akta yang sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak kurang RM4,000 dan tidak lebih RM10,000 dan boleh dipenjara selama tempoh tidak lebih setahun.
Peguam tertuduh, Abdul Fikry Jaafar dalam pembelaannya berkata, tertuduh berkhidmat hampir lapan tahun sebagai kakitangan awam dan pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2018.
Selain itu, tertuduh juga mempunyai dua anak berusia tujuh dan lapan tahun selain tidak pernah melakukan kesalahan jenayah.
Abdul Fikry juga meminta mahkamah menjatuhkan hukuman ringan memandangkan tertuduh juga akan dikenakan tindakan termasuk hilang pekerjaan dan segala faedah bekerja.
Majistret Dzul Elmy Yunus dalam penghakimannya berkata, walaupun perkara kemalangan itu di luar kawalan manusia, mahkamah juga mengambil kira kesan terhadap keluarga yang kehilangan mangsa.
Sehubungan itu, Dzul Elmy menjatuhkan hukuman denda RM5,000 atau lima bulan penjara jika gagal membayar denda, selain pembatalan lesen memandu serta-merta.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Suhaimi Suriana.
Petrus Bernard
Tue Nov 09 2021
Tertuduh, Sekila Kasinadi, 29, didakwa melakukan kesalahan itu di Kampung Indah, Jalan Merotai, dalam daerah Kalabakan, pada jam 7 pagi, 17 Julai 2019. - Astro AWANI
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Penjawat awam perlu amal kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas - PM Anwar
Penjawat awam digesa untuk sentiasa mengamalkan kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas supaya dasar-dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan pantas.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 April 2024.
Usaha tingkatkan kadar gaji penjawat awam diumum Hari Pekerja - PM Anwar
Cadangan penambahbaikan, usaha tingkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam akan diumumkan pada Hari Pekerja, kata Perdana Menteri
Penjawat awam, peniaga antara lima ditahan kerana mengugut
Polis berkata kesemua lelaki tempatan berumur antara 27 hingga 43 tahun itu ditahan pada Sabtu lepas dan semalam.
Cubaan timbulkan persepsi negatif, MCMC panggil pengendali MyNewsHub
MCMC berkata, pihaknya memandang serius penularan video tersebut, yang dilihat berniat untuk membina persepsi negatif terhadap penjawat awam.
Kerajaan Pahang biaya kos rawatan penjawat awam negeri, pesara di SASMEC@IIUM
Kerajaan Pahang akan membiayai kos rawatan penjawat awam dan pesara perkhidmatan awam negeri itu di SASMEC@IIUM, Kuantan bermula bulan ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 5 April 2024.