awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MBSB IB jangka pertumbuhan ekonomi Malaysia 4.3 peratus pada 2026
Zelenskyy lantik ketua risikan tentera terajui pentadbiran Presiden dalam rombakan besar
Trump rancang ubah suai ‘padang golf Presiden’ walaupun belum pernah bermain di situ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam diseru kibarkan Jalur Gemilang, semarakkan semangat merdeka - KSN

Bernama
Bernama
08/08/2025
14:45 MYT
Penjawat awam diseru kibarkan Jalur Gemilang, semarakkan semangat merdeka - KSN
Shamsul Azri berkata semangat kemerdekaan tidak seharusnya bermusim sebaliknya perlu didakap kemas pada setiap masa walau di mana-mana sahaja. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar hari ini menyeru seluruh penjawat awam mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman dan tempat kerja masing-masing bersempena dengan sambutan Bulan Kebangsaan.
"Tunjukkan semangat patriotisme dan semarakkan roh MERDEKA!," katanya menerusi hantaran di Facebook.
Menerusi poster yang dimuat naik bersama hantaran itu, Shamsul Azri berkata semangat kemerdekaan tidak seharusnya bermusim sebaliknya perlu didakap kemas pada setiap masa walau di mana-mana sahaja.
"Saya takrifkan semangat MERDEKA ini dengan singkatan akronim: Menumpah Taat Setia, Empati kepada rakyat, Relevan, Dedikasi, Emosi, Karismatik dan Amanah," katanya menerusi poster berkenaan.
Pada 27 Julai lepas, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyeru seluruh rakyat Malaysia menyokong Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang sebagai simbol cinta akan negara dan lambang perpaduan menjelang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025.
Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang diadakan bagi menyemarakkan semangat cinta akan negara dalam kalangan penduduk sekali gus memastikan semangat patriotisme sentiasa berada pada tahap tertinggi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#Hari Kebangsaan
#penjawat awam
#Jalur Gemilang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan