Penjawat awam muda khususnya yang berumur 40 tahun ke bawah perlu mengambil peluang daripada siri Wacana Transformasi Nasional 2050 (TN50) untuk menyatakan idea-idea baru sebagai wadah dalam mencorak masa depan negara pasca 2020.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda berkata aspirasi kerajaan yang ingin direalisasikan menerusi wacana TN50 ini juga perlu difahami, dikongsi dan dihayati bersama oleh penjawat awam muda yang mewarisi pentadbiran negara.
Beliau berkata pemahaman mendalam mengenai aspirasi kerajaan adalah penting agar hala tuju negara dapat direncanakan sebaiknya, kerana "kita tidak tahu apa yang akan berlaku kepada institusi awam pada masa akan datang jika penjawat awam sendiri tidak boleh memahami kehendak kerajaan serta rakyat".
"Produktiviti negara bergantung kepada penjawat awam, justeru kerajaan perlu mengambil kira keperluan orang muda zaman ini kerana keperluan orang muda zaman dulu dan pada masa akan datang adalah berbeza," katanya dalam satu sidang media di penghujung Majlis Wacana Jelajah TN50 anjuran Cuepacs di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama Petra Jaya, di sini hari ini.
Turut hadir dalam majlis hari ini ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Zainal Rahim Seman dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 22 2018
AZIH: Pemahaman mendalam mengenai aspirasi kerajaan adalah penting agar hala tuju negara dapat direncanakan sebaiknya.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Penjawat awam muda perlu fahami aspirasi kerajaan - Azih
Penjawat awam muda khususnya yang berumur 40 tahun ke bawah perlu mengambil peluang daripada siri Wacana Transformasi Nasional 2050 (TN50).