awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam Sabah diingat utamakan integriti

Bernama
Bernama
17/10/2016
23:00 MYT
Penjawat awam Sabah diingat utamakan integriti
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman bersalaman dengan tetamu yang menghadiri Majlis Malam Mesra anjuran Kementerian Pembangunan Infrastruktur di sebuah hotel malam tadi. - Foto Bernama
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mengingatkan penjawat awam di negeri ini supaya mengutamakan integriti bagi memastikan peruntukan pembangunan sampai kepada rakyat.
Katanya, keikhlasan juga perlu diterapkan dalam kalangan penjawat awam agar dapat memenuhi tugas yang diamanahkan.
"Saya mengambil kesempatan menjelajah seluruh negeri untuk melihat sendiri perkembangan projek pembangunan yang dijalankan dan saya bawa pengarah jabatan berkaitan supaya mereka tahu dan melihat sendiri masalah yang dihadapi rakyat agar penyelesaian dapat dibuat," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis makan malam anjuran Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, yang juga Anggota Parlimen Keningau, di sini malam tadi.
Musa turut mengingatkan penjawat awam supaya menjaga imej sebagai pegawai kerajaan dan sentiasa mencapai kesepakatan dalam tugas secara berpasukan.
"Kalau salah, kita mesti bertanggungjawab. Seperti wakil rakyat, nama pegawai kerajaan itu bukan satu keistimewaan, tapi jawatan yang disandang itu adalah satu tanggungjawab dan amanah dalam memastikan rakyat mendapat pembelaan," katanya.
Hari ini, Musa akan melawat kawasan pedalaman Sabah dalam siri jelajahnya ke seluruh negeri. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#integriti
#Musa Aman
#penjawat awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan