awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam, suami ditahan edar dadah

Sinar Harian
Sinar Harian
17/01/2022
21:30 MYT
Penjawat awam, suami ditahan edar dadah
Sebahagian air ketum dan dadah dirampas dalam serbuan itu. -Foto Sinar Harian
MELAKA: Polis menahan seorang penjawat awam dan suami dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di sebuah rumah di Pulau Gadong di sini, pada Ahad.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Superintendan Zulkiflee Rashid berkata, pasangan suami isteri berusia 29 tahun itu ditahan kira-kira jam 12.50 tengah malam.
Menurutnya, dalam serbuan tersebut polis merampas dadah disyaki syabu seberat kira-kira 42 gram dan empat biji pil disyaki yaba bernilai lebih RM4,200.
"Siasatan mendapati dadah itu diedarkan untuk pasaran tempatan dan suspek dipercayai aktif menjalankan kegiatan itu sejak sebulan lalu.
"Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek lelaki positif dadah Methamphetamine manakala isterinya negatif," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Isnin.
Mengulas lanjut, beliau berkata, semakan juga mendapati suami wanita itu yang bekerja sebagai buruh mempunyai dua rekod lampau membabitkan kesalahan dadah.
"Kedua-dua mereka kini direman selama tujuh hari sehingga 22 Januari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya.
Menurut beliau, seramai empat penjawat awam ditahan di Melaka selepas disyaki terbabit dengan dadah dalam tempoh 1 hingga 16 Januari tahun ini.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#penjawat awam
#sindiket pengedaran dadah
#pulau gadong
#Zulkiflee Rashid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan