awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendigitalan gagal jika syarikat tidak ubah cara kerja
Sistem kehakiman syariah mesra rakyat keutamaan Sarawak - Abang Johari
Johor Royal Press Office siar gambar eksklusif arkib Almarhum Sultan Iskandar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjenamaan kepada NADI MADANI seiring perluasan fungsi - Fahmi

Bernama
Bernama
11/07/2025
02:50 MYT
Penjenamaan kepada NADI MADANI seiring perluasan fungsi - Fahmi
Fahmi bertemu Ketua Projek Palestine Al Hub, Nidaa Awawda, Project Leader, Palestine Al Hub pada Sidang Kemuncak Dunia mengenai Acara Peringkat Tinggi Masyarakat Bermaklumat+20 (WSIS+20), Geneva. - Gambar Bernama
GENEVA (Switzerland): Penjenamaan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) kepada NADI MADANI yang dijadualkan dilaksanakan pada September ini, seiring dengan perluasan fungsi pusat berkenaan.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, sesuai dengan hasrat penjenamaan berkenaan, beberapa inisiatif baharu akan diperkenalkan, antaranya capaian Internet yang lebih pantas dan penawaran perkhidmatan e-kesihatan.
"Jadi, dengan ada banyak lagi kemudahan dan juga perkhidmatan yang kita sediakan, kita akan membuat satu usaha penjenamaan semula daripada NADI menjadi NADI MADANI.
"Kita jangka ia (penjenamaan) akan mula dilaksanakan pada bulan September tahun ini," katanya kepada media pada Sidang Kemuncak Dunia mengenai Acara Peringkat Tinggi Masyarakat Bermaklumat+20 (WSIS+20), di sini, hari ini.
Beliau berkata, dengan keahlian hampir dua juta di 1,099 NADI di seluruh negara, pusat berkenaan juga berpotensi menjadi pemangkin kepada pembangunan usahawan.
"Saya lihat NADI mempunyai keupayaan untuk menjadi tempat usahawan tempatan memperoleh sama ada kemahiran baharu ataupun mencari peluang bagi pasaran baharu dengan Internet dan e-dagang," katanya.
NADI merupakan satu daripada inisiatif yang diterajui oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan objektif menyediakan capaian Internet secara kolektif kepada komuniti, khususnya di luar bandar dan dari kawasan yang kurang liputan perkhidmatan.
Pusat berkenaan juga bertujuan memperkasakan komuniti melalui program yang lebih mampan dan relevan untuk merapatkan jurang digital, pengetahuan dan sosioekonomi selain menyediakan platform untuk masyarakat luar bandar, terutamanya komuniti sekitar mendapat maklumat yang terkini dan tepat berkenaan inisiatif-inisiatif kerajaan.
Usaha NADI mendapat pengiktirafan pada peringkat global apabila menjadi juara Hadiah Sidang Kemuncak Dunia mengenai Masyarakat Bermaklumat (WSIS) 2025 melalui Inisiatif NADI Pulau Banggi yang berjaya menyediakan literasi digital, latihan kemahiran dan peluang ekonomi kepada satu daripada komuniti pulau paling terpencil di Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#NADI MADANI
#Pusat Sebaran Maklumat Nasional
#Capaian internet
#Fahmi Fadzil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan