awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjenayah 'berputih mata' gagal pecah peti besi pejabat

Sinar Harian
Sinar Harian
17/06/2021
22:45 MYT
Penjenayah 'berputih mata' gagal pecah peti besi pejabat
Polis tahan tiga individu dipercayai terlibat kes samun sebuah pejabat di Klang.
IPOH: Kumpulan penjenayah berputih mata apabila gagal memecahkan peti besi dalam kejadian pecah masuk pejabat pos di Kampung Kepayang Chandan Desa, Simpang Pulai, di sini pada Khamis.
Kejadian itu disedari pengurus cawangannya kira-kira jam 8 pagi selepas mendapati peti besi itu ditinggalkan di tepi jalan di hadapan premis berkenaan.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, peti besi berkenaan telah diseret hingga ke tepi jalan dipercayai untuk dilarikan.
Menurutnya, pemeriksaan mendapati terdapat kesan umpil pada peti besi itu namun gagal dibuka.
"Pemeriksaan awal mendapati kanvas berwarna biru menutupi pintu hadapan selain pintu kaca dan 'shutter' yang telah terbuka separuh.
"Berdasarkan temu bual awal, premis berkenaan ditinggalkan dalam keadaan baik pada Rabu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini.
Yahaya berkata, pemeriksaan lanjut mendapati keadaan premis berselerak dan dekoder kamera litar tertutup (CCTV) telah dirosakkan.
"Nilai sebenar kerugian masih belum dapat dipastikan. Kita percaya perbuatan ini melibatkan lebih daripada seorang suspek.
"Siasatan lanjut diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian: Penjenayah gagal pecah peti besi
Topic Berkaitan
#peti besi
#pecah masuk
#Yahaya Hassan
#Kampung Kepayang Chandan Desa
#simpang pulai
#pejabat pos
#premis berselerak
#CCTV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan