awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjenayah diburu mati ditembak

Sharom Abu Bakar
Sharom Abu Bakar
10/09/2018
12:20 MYT
Penjenayah diburu mati ditembak
Polis ketika memindahkan mayat suspek dari lokasi kejadian ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat. - Astro AWANI
Seorang lelaki dipercayai penjenayah ditembak mati dalam satu insiden berbalas tembakan di sini, hari ini.
Kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 pagi tadi di sebuah kawasan pembinaan taman perumahan di Felda Neram Satu Kemaman.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Mohd Said Ibrahim, berkata ketika kejadian, pihak polis sedang melakukan rondaan di kawasan pembinaan tersebut sebelum terserempak dengan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.
Tambahnya, terkejut dengan kehadiran polis, lelaki yang berusia sekitar 30-an itu bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah anggota polis.
"Semasa anggota polis sedang lakukan rondaan di sebuah rumah yang sedang dalam proses pembinaan, secara tiba-tiba seorang lelaki melepaskan tembakan.
"Pihak berkuasa terpaksa membalas tembakan dan ekoran daripada itu, penjenayah tersebut telah ditembak mati," jelasnya.
Mohd Said berkata lelaki berkenaan dipercayai terlibat dengan beberapa kes jenayah di Pahang, Kelantan dan Terengganu dan dikehendaki polis.
Polis turut merampas sepucuk pistol separuh automatik yang masih mempunyai sebutir peluru di dalamnya.
Siasatan lanjut untuk mengenal pasti suspek juga sedang giat dijalankan.
Mayat suspek dibawa ke unit forensik Hospital Kemaman untuk dibedah siasat.
Topic Berkaitan
#berbalas tembakan
#Felda Neram Satu Kemaman
#Mohd Said Ibrahim
#penjenayah
#polis
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan