awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjual ikan ditemui mati dengan tujuh kesan tembakan

Bernama
Bernama
24/08/2013
13:00 MYT
Penjual ikan ditemui mati dengan tujuh kesan tembakan
Penjual ikan ditemui mati dengan tujuh das kesan tembakan di kawasan pam pasir dekat Kampung Buntut Pulau di sini malam tadi.
Mayat Abd Majid Abd Rahman, 47, ditemui orang awam yang melalui kawasan itu pada 9.05 malam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC Mohd Zakaria Ahmad berkata mangsa dipercayai ditembak dari jarak dekat.
Katanya bedah siasat oleh pakar forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh mendapati mangsa mati akibat terkena dua das tembakan di kepala dan masing-masing satu das di dada, bahu kiri, bahu kanan, belakang paha kiri dan kanan.
Isteri mangsa membuat laporan polis apabila suaminya tidak pulang selepas keluar rumah di Taman Setia Temerloh pada 18 Ogos lepas dan menemui kereta suaminya di kawasan berdekatan pam pasir itu pada 21 Ogos lepas, katanya kepada Bernama ketika ditemui di hospital itu di sini hari ini.
Beliau berkata polis masih menyiasat motif kejadian dan jenis senjata api yang digunakan.
Topic Berkaitan
#mati
#PDRM
#polis
#tembak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan