Serbuan cawangan penguatkuasaan farmasi Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan ke atas sebuah rumah di Taman Lati, Pasir Mas pada Ahad berjaya membongkar kegiatan menjual produk kecantikan yang tidak diluluskan melalui internet.
Dalam serbuan itu, 41 produk kecantikan termasuk suntikan Vitamin C bernilai lebih RM65,000 dirampas daripada seorang pengedar berusia 29 tahun.
Antara yang dirampas ialah suntikan Vitamin C , vial Vitamin C, Glutathione dan hormon yang tidak mendapat kelulusan kementerian kesihatan.
Siasatan mendapati produk berkenaan diimport dari luar, termasuk Thailand, Itali dan Taiwan.
Selain penjualan melalui Facebook dan Twitter, lelaki tempatan berkenaan dipercayai menjadi pengedar pusat kecantikan untuk pasaran tempatan dan di luar Kelantan.
Menurut Jabatan Kesihatan Negeri, Kementerian Kesihatan tidak pernah memberikan kelulusan ke atas sebarang produk suntikan Vitamin C.
“Suntikan Vitamin C di kementerian sendiri pun tiada, jadi kalau ada pihak yang menjual suntikan Vitamin C, sudah tentulah ubat tersebut tidak berdaftar dan suntikan itu juga kalau digunakan berlebihan boleh menyebabkan kemudaratan kepada pengguna” kata Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Maher, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan kepada pemberita.
Jelas beliau ia amat berbahaya dan boleh mengakibatkan kematian jika penggunaannya tidak dikawal.
Suspek disiasat dan didakwa di bawah peraturan 7(1)(a) peraturan kawalan dadah dan kosmetik 1984.
Astro Awani
Mon Feb 25 2013
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Enam kes sengatan ubur-ubur dikesan di perairan Kelantan
Dr Zaini berkata kes sengatan ubur-ubur yang turut dikenali sebagai Portuguese Man o' war itu dikesan di Bachok iaitu dua kes di Pantai Melawi, manakala empat kes di Pantai Baru.
JKNK arah 12 premis makanan ditutup 14 hari
Operasi Bersepadu Premis Bersih yang dilancar Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan semalam menyaksikan 12 premis makanan diarah tutup.
Pasukan khas JKNK pantau juadah bazar Ramadan - Dr Zaini
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) akan menggerakkan pasukan khas bagi memantau penyediaan dan kebersihan makanan di bazar Ramadan sepanjang bulan puasa nanti.
Lapan premis makanan di Tumpat diarah tutup 14 hari - JKNK
Lapan premis menjual makanan di Tumpat diarahkan tutup selama 14 hari kerana didapati tidak mencapai tahap kebersihan yang ditetapkan.
JKNK tugaskan 1,086 anggota hadapi banjir gelombang kedua
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menugaskan 1,086 anggota sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) yang kini memasuki gelombang kedua.
Kes denggi di Kelantan meningkat 225 peratus - Dr Zaini
Sebanyak 1,514 kes demam denggi dicatatkan di Kelantan bermula Januari hingga 12 Ogos tahun ini, iaitu peningkatan 225 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
Kes denggi di Kelantan meningkat
Kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 830 kes berbanding 236 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Cuaca panas: Rakyat Kelantan diminta hadkan aktiviti luar
Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia yang boleh mengundang kesan terhadap kesihatan daripada tahap sederhana sehingga membawa maut akibat strok haba.
Kematian dua kanak-kanak dikaitkan strok haba di Kelantan masih dalam siasatan
Perkara itu dinyatakan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
JKNK arah 10 premis ditutup di Kota Bharu
Penutupan sementara selama 14 hari itu mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.