awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penolong pegawai seni bina PBT Perlis dilepas dengan jaminan SPRM

Bernama
Bernama
21/07/2025
11:17 MYT
Penolong pegawai seni bina PBT Perlis dilepas dengan jaminan SPRM
Bagaimanapun, siasatan lanjut masih diteruskan berhubung kes rasuah yang disyaki dilakukan bersama pesara pembantu penguat kuasa di PBT melibatkan jumlah kira-kira RM70,000. - Foto hiasan/BERNAMA
KANGAR: Seorang penolong pegawai seni bina di pihak berkuasa tempatan (PBT) di Perlis yang direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah, telah dibebaskan hari ini dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pengarah SPRM Perlis Mohd Nor Adha Ab Gani berkata meskipun wanita berusia 37 tahun itu telah dibebaskan, siasatan lanjut masih diteruskan berhubung kes rasuah yang disyaki dilakukan bersama pesara pembantu penguat kuasa di PBT melibatkan jumlah kira-kira RM70,000.
"Pesara pembantu penguat kuasa di PBT yang direman bersama wanita terbabit pada 15 Julai lepas, telah dilepaskan pada 17 Julai. Walaupun kedua-duanya dilepaskan, siasatan masih berjalan," katanya kepada Bernama hari ini.
Media sebelum ini melaporkan wanita serta lelaki berusia 61 tahun itu disyaki meminta dan menerima rasuah antara RM300 hingga RM9,000 daripada pemohon sebagai balasan memudahkan proses kelulusan permit ubah suai rumah di sekitar Perlis bagi tempoh 2022 hingga 2024.
Mereka dipercayai menerima wang rasuah daripada pemohon melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadi suspek lelaki yang kemudiannya dikongsikan bersama suspek wanita.
Mohd Nor Adha berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penolong pegawai seni bina
#PBT Perlis
#dilepas dengan jaminan
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan