Penolong pengarah sebuah agensi kerajaan di Johor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam kes meminta dan menerima wang rasuah bernilai RM30,000.
Lelaki berusia 37 tahun itu disyaki meminta sejumlah wang rasuah daripada pengurus projek sebuah syarikat kejuruteraan petroleum.
Menurut sumber SPRM, hasil siasatan yang dijalankan, suspek disyaki meminta dan menerima wang rasuah berkenaan daripada pengurus projek supaya tidak diambil tindakan memasang angkat mesin (grip hoist) tanpa mendapat kebenaran daripada pihak agensi kerajaan itu.
Katanya, suspek ditahan kira-kira jam 2.40 petang pada Selasa di sebuah hotel di Johor Bahru bagi membantu siasatan.
Dalam serbuan yang dibuat di rumah suspek, SPRM menjumpai wang tunai berjumlah kira-kira RM18,505 yang disembunyikan di bilik dan bawah tangga.
Turut dirampas beberapa dokumen berkaitan projek berkenaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias mengesahkan tangkapan dan berkata suspek akan dihadapkan ke mahkamah petang ini bagi permohonan reman untuk membantu siasatan.
Astro Awani
Wed Nov 01 2017
Lelaki berusia 37 tahun itu disyaki meminta sejumlah wang rasuah daripada pengurus projek sebuah syarikat kejuruteraan petroleum. -Foto SPRM
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
WEF anjur mesyuarat khas di Arab Saudi ketika suhu geopolitik Asia Barat memanas
WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28-29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Penolong pengarah agensi kerajaan di Johor ditahan SPRM
Lelaki berusia 37 tahun itu disyaki meminta sejumlah wang rasuah daripada pengurus projek sebuah syarikat kejuruteraan petroleum.