ALOR SETAR: Seorang penoreh getah kerugian RM74,800 selepas berkenalan dengan seorang individu melalui Facebook sejak awal Julai lalu.
Wanita berusia 63 tahun itu, yang berasal dari negeri ini dan sudah berkahwin, mula berkenalan dengan suspek melalui laman sosial tersebut sebelum berhubung melalui aplikasi WhatsApp.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kedah Supt Elias Omar berkata, suspek dikatakan memperkenalkan dirinya sebagai 'Ibrahim Ali', seorang doktor yang menetap di Ireland.
Suspek meminta bantuan mangsa memasukkan wang ke dalam akaun banknya bagi mengaktifkannya.
"Suspek turut memberitahu yang dia ada mengirim barangan kepada mangsa sebagai tanda perkenalan.
"Mangsa kemudian dihubungi individu yang mengaku sebagai pihak syarikat kurier dan mengatakan terdapat barangan yang dikirim dari suspek.
"Individu itu lalu meminta mangsa membuat bayaran cukai serta denda bagi melepaskan barangan itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Elias berkata, atas dasar percaya dan 'infatuation' yang melampau, mangsa memasukkan wang secara berperingkat melalui mesin deposit juruwang automatik (ATM) ke dalam tiga akaun yang diberikan suspek.
Katanya, mangsa membuat bayaran bermula September hingga Oktober lalu melalui 25 transaksi, berjumlah RM74,800.
"Kesemua wang itu adalah simpanannya sendiri," katanya.
Bagaimanapun, mangsa mengesyaki ditipu selepas suspek meminta bayaran tambahan, lantas membuat laporan polis di Baling semalam.
Berikutan itu, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Tipu), kata Elias.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Nov 01 2021
Polis berkata, atas dasar percaya dan 'infatuation' yang melampau, mangsa memasukkan wang secara berperingkat melalui mesin ATM ke dalam tiga akaun berbeza. - Gambar hiasan
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
Wanita rugi lebih RM20,000 angkara 'love scam'
Selepas berkenalan, mangsa diberikan satu pautan di Google Chat bagi membolehkan mereka berkomunikasi dengan lebih mudah.
Wanita rugi lebih RM260,000 angkara 'Love Scam'
Seorang wanita berputih mata selepas terjerat sindiket 'Love Scam' menyebabkan kerugian lebih RM260,000, kata Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman.
'Love scam': 20 warga asing didakwa menipu
Seorang rakyat Taiwan dan 19 warga China dihadapkan ke Mahkamah Majistret kerana didakwa melakukan pakatan jenayah penipuan berkaitan 'Love Scam'.
Dibuai cinta 'ahli geologi marin', peguam rugi RM1.75 juta
Seorang peguam kerugian RM1.75 juta akibat terperdaya dengan love scam atau penipuan cinta setelah berkenalan dengan seorang lelaki warga asing menerusi aplikasi WhatsApp sejak Julai lepas.
Pesara bank wanita kerugian RM1.98 juta angkara 'love scam'
Wanita itu telah memasukkan wang menerusi 12 transaksi ke 12 akaun berlainan sejak Mei lepas seperti yang diarahkan, untuk menebus bungkusan.
Kesunyian punca wanita terjerat dengan 'love scam'
Kebanyakan wanita yang bekerja dalam bidang profesional menjadi sasaran penipuan ini kerana mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.
Lelaki 'wanted' ditahan selepas buat laporan kes jenayah
Seorang lelaki yang dikehendaki polis berkait kes penipuan 'love scam' ditahan selepas hadir ke Balai Polis Pengkalan Chepa di sini untuk membuat laporan berhubung kes jenayah, semalam.
Wanita warga emas di Kuala Terengganu rugi RM24,000 terperdaya 'Love Scam'
Seorang wanita warga emas mengalami kerugian apabila wang simpanannya sebanyak RM24,000 lesap akibat terjerat dengan penipuan 'Love Scam'.
Warga emas di Miri rugi lebih RM31,000 terperdaya 'Love Scam'
Seorang wanita warga emas di Miri, di bahagian utara Sarawak mengalami kerugian sebanyak RM31,400 akibat 'Love Scam'.
Penjawat awam di Miri rugi RM12,000 akibat Love Scam
Mangsa berusia lingkungan 20-an telah berkenalan dangan seorang wanita melalui aplikasi Instagram dan seterusnya berhubung melalui WhatsApp.