Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata beliau akan mengadakan perjumpaan dengan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mengenai penstrukturan semula industri bekalan air Selangor, minggu depan.
Katanya, perbincangan peringkat pegawai kerajaan bagaimanapun telah bermula lebih awal iaitu dua minggu lepas di antara delegasi kerajaan negeri yang diketuai setiausaha kerajaan negeri.
"... kerajaan negeri Selangor sememangnya mahu dan kami menyambut baik hasrat Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan rundingan, dengan syarat ia mestilah berpegang kepada terma dan syarat perjanjian asal," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Blok A Pusat Pemborong GM Klang, Sabtu.
Pada 25 Mac lepas, Ongkili menegaskan pihaknya masih mengekalkan terma perjanjian utama tersebut selepas berbincang dengan kerajaan Selangor pada 23 Mac lepas.
Beliau menyatakan status dua aset tanah di Bukit Nanas dan Semenyih yang terlibat dalam perjanjian utama itu akan ditentukan selepas perbincangan seterusnya antara kedua-dua belah pihak.
Selasa lepas, kerajaan negeri Selangor mendakwa Kerajaan Persekutuan cuba mengambil alih keseluruhan jajaran 26,000 kilometer aset paip air termasuk tanah walaupun bercanggah dengan perjanjian utama penstrukturan semula perkhidmatan air negeri ini.
Mohamed Azmin mendakwa tindakan Kerajaan Persekutuan itu menjadi punca pihaknya sebelum ini membatalkan rundingan penstrukturan yang ditandatangani bersama pada 12 Sept 2014 sebelum bersetuju untuk berunding semula pada 23 Mac lepas.
Mengulas mengenai kerusi parlimen Permatang Pauh, Mohamed Azmin memberitahu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah membuat keputusan mengenai siapa yang akan menjadi calon untuk bertanding kerusi berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, nama calon berkenaan terlebih dahulu akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat sebelum ia diumumkan.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada Rabu lepas mengumumkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen bagi kawasan Permatang Pauh pada 16 Mac lepas selepas Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon melalui keluarganya pada 24 Feb lepas.
Bernama
Sun Apr 05 2015
Azmin berkata akan mengadakan perjumpaan dengan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mengenai penstrukturan semula industri bekalan air Selangor, minggu depan. -Gambar fail
Letupan bom Sungai Golok: Empat anggota keselamatan Thailand cedera
Empat anggota keselamatan Thailand cedera apabila terkena letupan bom di Sungai Golok, Thailand, malam tadi.
Berang tidak bantu angkat tong gas, penghantar barang dibelasah, motosikal dirosakkan
Suspek menyerang mangsa dengan topi keledar sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di dahi.
Arahan tutup pasar malam waktu Maghrib tidak babitkan peniaga bukan Islam
Arahan penutupan sementara hanya membabitkan peniaga Islam bagaimanapun turut menggalakkan peniaga bukan Islam sekiranya mahu berbuat demikian.
Pelan Tindakan Pendidikan dan Penghayatan Rukun Negara dilancar Ogos ini - Aaron
Ia melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat
Peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.
Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.
Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.
Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.
Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.
Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.
Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.
Kerja penyenggaraan berjadual pastikan bekalan air berterusan - Air Selangor
Kerja-kerja penyenggaraan secara berjadual untuk beberapa aset utama Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), akan dilaksanakan pada tahun ini bagi memastikan pengguna mendapat perkhidmatan bek