awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pensyarah digesa tidak keluar kenyataan di luar kepakaran, elak kekeliruan - Zambry

Bernama
Bernama
19/09/2024
09:31 MYT
Pensyarah digesa tidak keluar kenyataan di luar kepakaran, elak kekeliruan - Zambry
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir (kanan) bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penutup Sambutan Bulan Kebangsaan Ke-67 di Pusat Konvensyen, Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP) hari ini. - Foto Bernama
PAGOH: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengesa pensyarah tidak mengeluarkan kenyataan di luar bidang kepakaran bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
Menterinya Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata kementerian tidak menyekat "kebebasan akademik" dalam kalangan pensyarah namun setiap kenyataan dikeluarkan harus bersandarkan kepakaran masing-masing.
"Tetapi yang menjadi masalah kepada masyarakat apabila seorang bergelar profesor, doktor, profesor madya dan sebagainya berbicara di luar bidang kepakaran dan sering kali menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat.
"... dan sebab itu saya harap supaya para pensyarah kita memberikan tumpuan kepada kepakaran (masing-masing)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan sambutan Bulan Kebangsaan ke-67 di Pusat Konvensyen, Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP) di sini hari ini.
Awal September lepas, Persatuan Akademik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam kenyataan di Facebook persatuan berkenaan mengingatkan ahlinya bercakap dalam bidang kepakaran masing-masing terutamanya dalam perbahasan awam bagi menjaga integriti universiti itu.
Peringatan itu susulan kecaman netizen terhadap seorang pensyarah universiti berkenaan yang mengaitkan isteri Rasullullah, Khadijah, dengan alam Melayu dalam ceramahnya.
Sementara itu, Zambry berkata beliau telah berbincang dengan naib canselor universiti awam dan universiti swasta di negara ini berhubung penambahbaikan kerangka pengajian tinggi.
Beliau berkata penambahbaikan berkenaan selaras perkembangan dunia, khususnya dalam bidang-bidang baharu seperti kecerdasan buatan (AI) dan Internet Benda (IoT) serta keperluan tenaga kerja.
"(Perkembangan ini) memerlukan pendekatan baharu dalam sistem pendidikan tinggi negara," katanya.
Pada Mac lepas, Zambry dilaporkan berkata kerangka pendidikan tinggi negara perlu diubah mengikut kehendak semasa seiring perubahan landskap pendidikan dunia.
Beliau berkata kementerian juga amat menggalakkan semua institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS), politeknik serta kolej komuniti untuk menjalin kerjasama dan persefahaman dengan institusi pendidikan tinggi serta pemain industri di luar negara sejajar dasar dan strategi pengantarabangsaan yang dibangunkan KPT.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Pengajian Tinggi
#Zambry Abdul Kadir
#pensyarah
#kenyataan di luar bidang kepakaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan