MALAYSIA
'Pentarama Homecoming' suntik semangat patriotik dalam kalangan pelajar - Fahmi Fadzil

Fahmi berkata, program anjuran Jabatan Penerangan itu menggabungkan elemen hiburan dan penyampaian mesej kenegaraan termasuk prinsip Rukun Negara dan rasa sayang kepada tanah air. - Gambar/ Astro AWANI
BANGSAR: Program persembahan pentas melalui nyanyian, tarian dan drama (Pentarama) Homecoming yang dilancarkan hari ini akan menjelajah ke lebih 80 sekolah di seluruh negara dalam usaha menyemarakkan semangat cinta kepada negara dalam kalangan pelajar.
Ringkasan AI
- Program Pentarama Homecoming anjuran Jabatan Penerangan akan menjelajah ke lebih 80 sekolah seluruh negara bagi menyemarakkan semangat cinta kepada negara dalam kalangan pelajar melalui nyanyian, tarian dan drama.
- Program ini menggabungkan elemen hiburan dan mesej kenegaraan termasuk prinsip Rukun Negara, dengan SK Bangsar dipilih sebagai lokasi pelancaran atas nilai simbolik di Lembah Pantai.
- Persiapan Ambang Merdeka akan diadakan di Putrajaya, Kuala Lumpur dan lokasi lain, dengan pengisian untuk seisi keluarga serta galakan kepada rakyat untuk menyebarluaskan lagu tema sambutan melalui laman rasmi merdeka360.my.
"Mereka akan bawa mesej kenegaraan, rasa sayang kepada negara, prinsip-prinsip rukun negara, di samping memberi sedikit hiburan dan informasi," katanya.
Dalam pada itu, Fahmi memberitahu, SK Bangsar dipilih sebagai lokasi pelancaran kerana sekolah tersebut mempunyai nilai simbolik yang tersendiri di kawasan Lembah Pantai.
"Saya gembira kita pilih Sekolah Kebangsaan Bangsar, salah satu sekolah yang telah diwujudkan sekian lama di kawasan Lembah Pantai, malah ada kakitangan saya merupakan bekas pelajar di sekolah ini termasuk Yang Dipertua PIBG Mohd Yazid Mohd Yasin sendiri merupakan bekas pelajar di sini.
"Ini menunjukkan sumbangan sekolah ini dalam membentuk ramai individu yang kini berkhidmat untuk masyarakat,” katanya lagi.
Mengulas lanjut mengenai persiapan Ambang Merdeka tahun ini, Fahmi berkata, acara akan diadakan di Putrajaya, Kuala Lumpur serta beberapa lokasi lain dengan pengisian menarik untuk seisi keluarga.
Dalam pada itu, Fahmi turut menggalakkan rakyat mendengar dan menyebarluaskan lagu tema sambutan yang sudah mula dimainkan dalam pelbagai acara rasmi.
“Insya-Allah akan ada persembahan istimewa semasa perbarisan, tetapi saya tidak mahu dedahkan terlalu awal. Kita mahu rakyat hadir dan merasai sendiri semangat kebersamaan pada hari tersebut. Kita harap sambutan tahun ini akan berlangsung dalam suasana harmoni, meriah dan penuh kegemilangan,” katanya.
Maklumat lanjut mengenai sambutan boleh didapati melalui laman sesawang rasmi merdeka360.my.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami