awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes saman KDA FC selesai: SUA MB Kedah mohon maaf kepada Mohd Daud
Lima strategi berfokus perkasa Wilayah Persekutuan - Hannah
AMD sahkan Steam Machine akan mula dihantar awal tahun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penternak berputih mata, tujuh lembu mati dipanah petir

Norfarhiza Mohd Atar
Norfarhiza Mohd Atar
27/11/2022
07:05 MYT
Penternak berputih mata, tujuh lembu mati dipanah petir
Sebahagian daripada tujuh ekor milik Ablah Mat Isa yang mati akibat dipanah petir di Kampung Serunai, Mela di sini pada petang Sabtu.
LIPIS: Seorang penternak terpaksa berputih mata apabila tujuh ekor lembu ternakannya mati dipanah petir menyebabkan dia kerugian hampir RM20,000 dalam kejadian di Kampung Serunai, Mela di sini, lewat petang semalam.
Ablah Mat Isa, 69, berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 7 malam ketika hujan lebat bersama petir yang kuat berhampiran dengan kandang lembu di kawasan itu.
Menurutnya, beliau menternak 14 ekor lembu yang dilepaskan di kawasan sekitar kandang berkenaan, tetapi sebahagian lembu masih terselamat dalam kejadian itu.
"Saya dimaklumkan kejadian itu selepas dihubungi penduduk kampung yang kebetulan melalui kawasan kandang lembu selepas Subuh pagi tadi.
"Sebaik diberitahu, saya bergegas ke kandang dan terkejut menemui bangkai lembu ternakan bergelimpangan tidak jauh antara satu sama lain.
"Saya percaya tujuh ekor lembu yang mati dipanah petir itu berkumpul sambil berlindung dekat pokok ketika hujan," katanya di sini hari ini.
Ablah berkata, kejadian seumpama itu kali pertama berlaku sejak mengusahakan ternakan lembu 20 tahun lalu.
Beliau berkata, kebiasaannya setiap petang dia akan pergi ke kandang untuk memantau lembu bagi mengelakkan haiwan itu keluar jauh dari kawasan kandang.
Ujarnya, laporan polis turut dibuat pagi tadi dan pihak veterinar turut dimaklumkan berkaitan kejadian itu.
Topic Berkaitan
#lembu ternakan
#dipanah petir
#korban
#penternak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan