KLANG: Seorang penternak kambing maut ditetak dua individu dalam kejadian di Kampung Perepat, Kapar dekat sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu kira-kira jam 5.15 petang.
"Siasatan awal dijalankan mendapati, kejadian berlaku ketika mangsa seorang lelaki tempatan berumur 46 tahun itu sedang membawa beberapa ekor kambing miliknya di lokasi kejadian.
"Mangsa kemudian didatangi dua lelaki menaiki motosikal yang kemudiannya bertindak menetak mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian tangan, kepala dan badan.
"Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang sebelum disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan.
"Setakat ini siasatan lanjut berkaitan punca dan motif kejadian masih dijalankan," ujarnya.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Hanis Idris di talian 019-909 9763 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara 03-3291 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri May 05 2023

Menurut polis, dalam kejadian di Kampung Perepat, Kapar, itu, mangsa didatangi dua lelaki menaiki motosikal yang kemudiannya bertindak menetaknya. - Gambar fail

Teater muzikal Lantai T. Pinkie dipentaskan semula Oktober ini
Karya itu yang pernah mencetuskan fenomena di negara ini, akan dipentaskan secara muzikal untuk kali keenam.

Kontinjen Malaysia diberi sambutan tradisional di Hangzhou
Sukan Asia ke-19 bakal menjadi tuan rumah kepada kira-kira 12,000 atlet dari 45 negara yang akan menyertai 481 acara daripada 40 sukan.

Sukan Asia: Shah Firdaus gagal pujuk Azizulhasni
Shah Firdaus berkata beliau telah cuba sedaya upaya meniup semangat kepada Azizulhasni namun usahanya menemui jalan buntu.

Beras import pada harga Rahmah di Jualan Rahmah seluruh negara
Bermula Jumaat, pengguna boleh mendapatkan beras import 5 kg pada harga tidak melebihi RM15 dan kampit 10kg pada harga di bawah RM30.

Kerajaan perlu laksana pembaharuan cukai lebih berani untuk capai sasaran defisit
Katanya, ruang fiskal yang terhad jadi penghalang utama untuk capai sasaran defisit antara 3.0 peratus dan 3.5 peratus menjelang akhir 2025.

KPT sentiasa sokong potensi mahasiswa ceburi bidang diminati - Ketua Setiausaha
Sektor pendidikan tinggi negara turut memberi penekanan yang sangat besar kepada usaha menggilap potensi dan bakat mahasiswa dalam sukan.

UNGA ke-78: Malaysia suarakan kebimbangan trend Islamofobia, xenofobia - PM Anwar
Tidak bertindak terhadap provokasi yang dilakukan secara terang-terangan terhadap agama adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab.
China nafi dakwaan kerosakan terumbu karang yang dilontar oleh Filipina
China nafi dakwaan kerosakan terumbu karang yang dilontar oleh Filipina dan menggesa Filipina tidak menggunakan informasi palsu untuk membenarkan dakwaan tersebut.
Filipina teliti tindakan undang-undang terhadap China
Filipina meneliti tindakan undang-undang yang bakal dikenakan terhadap China diatas kerosakan teruk terumbu karang di kepulauan Spratly yang merupakan wilayah maritim yang dipertikaikan.
10 Berita Pilihan - (22 September 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Penternak kambing maut ditetak dua individu
Kejadian berlaku ketika mangsa, seorang lelaki tempatan berumur 46 tahun, sedang membawa kambing miliknya di lokasi kejadian.