awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terbuka Windy City: Sivasangari layak ke suku akhir, Eain Yow dan Aira tersingkir
PM Modi diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold meninggal dunia akibat kanser
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penternak terkejut kambing peliharaan hidup tanpa lubang dubur

Astro Awani
Astro Awani
09/10/2016
05:09 MYT
Penternak terkejut kambing peliharaan hidup tanpa lubang dubur
Che Non berkata sejak seminggu lalu, salah seekor daripada anak kambing ternakannya berkelakuan pelik, liar dan enggan makan. - Foto Astro AWANI
Seorang penternak kambing di Batu 14, dekat sini, terkejut dengan kejadian pelik yang berlaku kepada seekor kambing betina ternakannya.
Che Non Che Sa, 63 tahun berkata, sejak seminggu lalu, salah seekor daripada anak kambing ternakannya berkelakuan pelik, liar dan enggan makan.
"Saya bela 15 hingga 16 ekor kambing dan baka kambing saya ambil dari seorang sahabat sebagai upah menjaga kambingnya sebelum ini.
"Salah seekor kambing ni, perangainya pelik sikit sebab saya tengok dia berak melalui kemaluannya," jelas Che Non kepada Astro AWANI.
Pada awalnya, Che Non membayangkan kambing itu tidak dapat hidup lama tetapi jangkaannya meleset kerana kambing itu walaupun tidak makan, saiznya jauh lebih besar
Pada awalnya, Che Non membayangkan kambing itu tidak dapat hidup lama tetapi jangkaannya meleset kerana kambing itu walaupun tidak makan, saiznya jauh lebih besar. - Foto Astro AWANI
Katanya, kambing itu sangat aktif dan sihat, tetapi anak kambing yang berusia dua bulan itu dilahirkan sempurna namun tanpa memiliki lubang dubur.
Pada awalnya, Che Non membayangkan kambing itu tidak dapat hidup lama tetapi jangkaannya meleset kerana kambing itu walaupun tidak makan, saiznya jauh lebih besar berbanding kambing ternakannya yang lain.
Jelasnya lagi, tiada apa-apa gelaran yang diberikan kepada kambing itu melainkan hanya memanggilnya sebagai 'Mek'.
Bagi Che Non, ini adalah kali pertama baginya berdepan dengan kelahiran pelik melibatkan kambing peliharaannya dan dia tidak bercadang untuk merujuk perkara tersebut kepada klinik haiwan.
Topic Berkaitan
#Dubur kambing
#lahir tanpa dubur
#pelik
#pokok sena
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan