PUTRAJAYA: Kajian bagi mewujudkan sebuah Majlis Hukuman untuk meneliti semua hukuman kesalahan jenayah termasuk berkaitan dadah dalam perundangan Malaysia sedang diteliti, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
Majlis itu, menurut Azalina akan menyediakan garis panduan dan pengurangan hukuman penjara dan menggalakkan hukuman rehabilitasi dan hukuman restoratif dalam undang-undang jenayah Malaysia.
Azalina dalam satu kenyataan hari ini berkata Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) juga sedang menilai kaedah untuk pindaan Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954.
"Ia bagi menggalakkan rehabilitasi berasaskan komuniti, dan bukan penjara bagi pesalah yang dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan ke bawah terutama bagi pesalah kali pertama.
"Ini termasuk kesalahan dadah kecil yang menyumbang 63 peratus daripada banduan di Malaysia," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah (JKMD) Bilangan 1 Tahun 2023 dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sini semalam bagi menangani isu penyalahgunaan dadah di Malaysia.
Azalina berkata menangani isu kesesakan di penjara menjadi keutamaan hak asasi manusia bagi kerajaan memandangkan risiko yang dihadapi oleh banduan akibat keadaan penjara yang sesak.
"Saya berharap dapat membentangkan hasil usaha-usaha ini melalui kertas Kabinet secara bersama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi persidangan Parlimen pada penghujung 2023," katanya.
Azalina dalam pada itu berkata adalah penting bagi undang-undang dan agensi penguatkuasaan seiring dengan perkembangan semasa terutamanya berkaitan dengan kemajuan dalam pembuatan dadah sintetik yang canggih dan kaedah penyalahgunaan.
Menurutnya, undang-undang dadah sedia ada di Malaysia digubal pada tahun 1950-an.
"Pada ketika ini, budi bicara kehakiman adalah sangat penting dalam menangani penjenayah dadah berasingan daripada penagih dadah, dan bagi penagih dadah, perlakuan secara individu seperti sama ada individu tersebut adalah pengguna pertama, dan lain-lain perlu diambil kira.
"Budi bicara kehakiman juga penting dalam memperkenalkan pilihan rehabilitasi bukannya hukuman yang menekankan hukuman semata-mata," katanya.
Sementara itu, Azalina berkata memahami bahawa kebergantungan dadah juga adalah salah satu keadaan perubatan, kerajaan ingin menggunakan pendekatan terhadap kebergantungan kepada dadah secara 'berhati-hati'.
"Kami berharap untuk melihat penekanan pada intervensi perubatan, rawatan, dan rehabilitasi dalam menangani isu kebergantungan dadah," katanya mengenai mesyuarat JKMD itu.
Ahmad Zahid dalam kenyataan sempena mesyuarat JKMD itu berkata KDN dan Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) diberi tempoh tiga bulan untuk mengkoordinasi usaha merangka inisiatif atau program efektif bagi membendung masalah dadah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 11 2023
Menurut Azalina, majlis itu akan menyediakan garis panduan dan pengurangan hukuman penjara dan menggalakkan hukuman rehabilitasi dan hukuman restoratif dalam undang-undang jenayah Malaysia. - Gambar fail
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Penubuhan Majlis Hukuman sedang diteliti - Azalina
Kajian bagi mewujudkan sebuah majlis hukuman untuk meneliti semua hukuman kesalahan jenayah termasuk berkaitan dadah dalam perundangan Malaysia sedang diteliti.