KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperhalusi penubuhan Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan bagi meminimumkan jurang perkhidmatan dan memantapkan lagi penyampaian perkhidmatan kesihatan mental kepada masyarakat.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, KKM mengharapkan segala usaha yang sedang dijalankan dapat diselaraskan dengan lebih efektif agar lebih ramai individu berani tampil mendapatkan bantuan serta rawatan bagi masalah kesihatan mental yang dihadapi dengan wujudnya pusat kecemerlangan itu.
"Kurangnya kesedaran mengenai kesihatan mental dan wujudnya stigma dalam masyarakat adalah faktor penghalang bagi individu yang terkesan untuk tampil mendapatkan bantuan, rawatan atau intervensi dan ini amat mendukacitakan," katanya pada Konvensyen Belia Kebangsaan 2021 + ASEAN ConnectKBK secara dalam talian, hari ini.
Beliau juga berkata menyedari kepentingan masalah kesihatan mental, KKM telah melancarkan Pelan Strategik Kesihatan Mental Kebangsaan 2020-2025 pada 10 Okt lepas yang merupakan polisi jangka masa panjang yang disediakan bagi meningkatkan perkhidmatan kesihatan mental negara.
Katanya, ia menggariskan lapan skop utama antaranya meningkatkan tadbir urus dan kerangka peraturan; memperkukuhkan sistem kawalan kesihatan mental; memastikan ketersediaan dan kebolehcapaian perkhidmatan kesihatan mental yang komprehensif dan berkualiti; dan memperkukuhkan sumber kesihatan mental.
Ia turut meliputi skop meningkatkan dan memupuk kolaborasi bersama antara sektor, mempromosikan kesejahteraan dan kesihatan mental dalam semua persekitaran, memperkukuhkan kesiapsiagaan semasa kecemasan, krisis dan bencana serta menangani bunuh diri dan tingkah laku bunuh diri.
Beliau berkata kebanyakan masalah kesihatan mental yang dihadapi golongan belia dan remaja dipengaruhi oleh faktor sosial seperti masalah buli, tingkah laku berisiko, penyalahgunaan bahan, rasa rendah diri, jangkaan tinggi terhadap diri sendiri, keresahan dan kemurungan.
Dalam pada itu, KKM amat prihatin dan menyedari bahawa isu kesihatan mental dalam kalangan belia merupakan agenda penting yang perlu diberi perhatian serius.
Selain itu, Khairy juga berkata bagi menangani isu kesihatan mental dalam kalangan golongan remaja dan belia, KKM telah melaksanakan pelbagai program yang mendapat kerjasama rentas agensi dan badan bukan kerajaan.
Antaranya Program Minda Sihat Sekolah, Program Ekspresi Anak Remaja Lestari (PEARL), Program Siswa Sihat, Let's TALK Minda Sihat selain bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam mempromosikan kesihatan mental.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 30 2021
Khairy juga berkata bagi menangani isu kesihatan mental dalam kalangan golongan remaja dan belia, KKM telah melaksanakan pelbagai program yang mendapat kerjasama rentas agensi dan badan bukan kerajaan. - Foto: FB Malaysian Youth Coouncil
Sentuhan berbisa Erling Haaland hakis kegusaran Guardiola
Kemenangan itu melanjutkan rekod tanpa kalah Man City dalam EPL kepada 20 perlawanan.
AWANI Ringkas: PM: Kerajaan belum ada keputusan muktamad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemuda maut motosikal bergesel lori di BKE
Pemuda maut motosikal bergesel lori di BKE
Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang bergesel dengan lori di Kilometer 13.9 Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE), tengah hari Sabtu.
Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang bergesel dengan lori di Kilometer 13.9 Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE), tengah hari Sabtu.
Hatrik Cristiano Ronaldo belasah Al Wedha
Pemain veteran Portugal itu dua kali menemui penyudah dalam tempoh 12 minit pertama sebelum melengkapkan hatriknya selepas rehat.
Lapan tahun rogol anak, suami isteri ditahan
Hasil siasatan awal dapati kejadian berlaku sejak tahun 2016 sehinggalah kejadian terbaru pada tahun 2024 dan semua kejadian berlaku dalam bilik rumahnya di Kampung Chuah, Port Dickson.
Dakwaan Subsidi: PM tegaskan kerajaan belum buat keputusan
Tegas Perdana Menteri, setakat ini belum ada sebarang keputusan muktamad diputuskan kerajaan berhubung subsidi bahan terbabit walaupun ada perbincangan awal bersama Jemaah Menteri.
Astro Kem Badminton: 363 peserta hadir di Pulau Pinang
Ibu bapa boleh daftarkan anak-anak yang berusia 10 hingga 12 tahun secara percuma melalui web rasmi www.astro.com.my/rancangan/kem-badminton atau boleh juga walk-in pada tarikh yang ditetapkan di lokasi berdekatan anda.
Panama bersedia untuk Pemilihan Presiden
Rakyat Panama berharap pilihan raya itu akan membawa perubahan dalam kepimpinan negara.
Kabinet belum bincang isu kenaikan harga petrol, diesel - PM
Laporan negatif media asing berhubung isu itu dilihat dibuat tanpa fakta sahih yang disemak terlebih dahulu.
Astro Kem Badminton: 363 peserta hadir di Pulau Pinang
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
Masyarakat digesa sentiasa beri sokongan kepada mualaf - Raja Muda Perlis
Aspek kesihatan mental saudara baharu itu harus diberikan perhatian supaya soal kesejahteraan kehidupan mereka sentiasa terpelihara.
Kerajaan fokus beri rawatan terhadap individu cuba bunuh diri - Azalina
Penghapusan Seksyen 309 Kanun Keseksaan tahun lepas memberi peluang baharu, di samping menggalakkan mereka untuk dapatkan rawatan.
Peningkatan isu kesihatan mental membimbangkan - Doktor
Pengabaian kesihatan mental golongan remaja dalam jangka masa panjang boleh memberi kesan negatif kepada kesejahteraan fizikal dan mental di alam dewasa.
NIOSH, JKM Negeri Sembilan tingkat kesedaran penjagaan kesihatan mental warga emas
NIOSH dan JKM Negeri Sembilan mengambil langkah proaktif berkongsi teknik menangani tekanan mental dalam kalangan warga emas di PAWE di sini.
NIOSH peruntuk RM12 juta sedia latihan bantu tangani isu kesihatan mental di tempat kerja
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) memperuntukkan sejumlah RM12 juta bagi menyediakan latihan secara percuma kepada 10,000 golongan pekerja.
New York City saman Facebook, TikTok, YouTube - didakwa mudarat kesihatan mental belia
Menurut saman, perkhidmatan media sosial itu membawa kepada kemudaratan dan krisis kesihatan mental dalam kalangan belia dan kanak-kanak.
Kerajaan Turkiye laksana 5,533 aktiviti selepas kejadian gempa bumi
Aktiviti itu melibatkan penyertaan pakar kesihatan mental, sukarelawan, pendidik dan jurulatih untuk 420,236 mangsa.
Pentingnya penjagaan kesihatan mental dan fizikal buat ibu berpantang
Peredaran masa menyaksikan tradisi berpantang melalui evolusi dan kini, ia bukan lagi menjadi tanggungjawab ahli keluarga seperti ibu sendiri atau ibu mentua.
COVID-19: 14 kes baharu dikesan libatkan mangsa banjir di PPS Kelantan, Terengganu - Dr Dzulkefly
Sebanyak 14 kes baharu COVID-19 dikesan dalam kalangan mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dengan sembilan kes di Kelantan dan lima kes di Terengganu.
JKNT wujud klinik kesihatan lelaki di setiap daerah
JKNT mengambil inisiatif mewujudkan satu klinik di setiap daerah untuk perkhidmatan kesihatan lelaki termasuk saringan dan rawatan awal bagi masalah reproduktif seperti mati pucuk.