awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penumpang dua bas cemas dalam kemalangan

Bernama
Bernama
16/03/2018
21:06 MYT
Penumpang dua bas cemas dalam kemalangan
Seramai 41 orang penumpang dua buah bas berhadapan detik cemas apabila kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan dua buah kenderaan lain di kilometer 52 Jalan Kuantan-Segamat petang Jumaat. -Gambar hiasan
Seramai 41 orang penumpang dua buah bas berhadapan detik cemas apabila kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan dua buah kenderaan lain di kilometer 52 Jalan Kuantan-Segamat petang Jumaat.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Amran Sidek berkata, dalam kemalangan yang berlaku pada pukul 2.15 petang itu cuma dua orang yang cedera.
Menurutnya, bas yang terlibat ialah sebuah bas persiaran yang membawa 19 orang penumpang manakala sebuah lagi sebuah bas ekspress yang mempunyai 22 orang penumpang.
"Mangsa yang cedera ialah pemandu Hilux iaitu seorang lelaki berusia 38 tahun dan pemandu kereta Proton Saga seorang wanita berusia 29 tahun dan mereka masing-masing dirawat di Klinik Kesihatan Gambang dan Hospital Pekan," katanya ketika dihubungi di sini.
Amran berkata siasatan awal mendapati kemalangan berpunca apabila bas pesiaran dari Kuantan menghala ke Segamat itu berhenti secara tiba-tiba disebabkan berlaku kesesakan lalu lintas di hadapannya.
Keadaan itu menyebabkan pemandu Hilux berkenaan tidak sempat memberhentikan kenderaannya lalu melanggar belakang bas pesiaran tersebut sebelum bas ekspres itu pula melanggar belakang kenderaan pacuan empat roda terbabit.
"Bas ekpress terbabit kemudian telah terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta Proton Saga terbabit," katanya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amran Sidek
#cemas
#Jalan Kuantan-Segamat
#kemalangan
#mangsa
#Pekan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan