awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS rampas kapal tangki kelima terkait Venezuela di Laut Caribbean
Pemilik bar ditahan susulan kebakaran maut malam Tahun Baharu di Switzerland
Putera Mahkota Iran bangkit sebagai figura protes selepas puluhan tahun dalam buangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penumpang feri dipercayai hilang selepas terjatuh

Astro Awani
Astro Awani
01/07/2019
14:58 MYT
Penumpang feri dipercayai hilang selepas terjatuh
Seorang saksi berkata dia melihat mangsa terjatuh dari Feri Pulau Kapas namun tidak dapat memastikan jantina serta identitinya ketika itu. - Foto ihsan pembaca
Seorang penumpang Feri Pulau Kapas dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh dari sebuah feri yang sedang dalam perjalanan ke George Town pada Isnin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu, penumpang lelaki yang dikenali sebagai Tham Kok Keong, 47 tahun, dari Bayan Lepas, dikatakan terjatuh selepas 10 minit feri bertolak dari Pangkalan Sultan Abdul Halim di Butterworth.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata pihaknya menerima aduan daripada seorang penumpang yang berada di atas feri.
Menurut saksi, dia melihat mangsa terjatuh namun tidak dapat memastikan jantina serta identiti penumpang tersebut ketika itu.
Sementara itu, pemeriksaan oleh petugas feri di bahagian bawah dek mendapati, terdapat sebuah kereta jenis Honda City ditinggalkan tanpa pemandu atau penumpang.
Kereta jenis Honda City yang ditinggalkan tanpa pemandu atau penumpang di bahagian bawah dek feri. Foto ihsan pembaca
Kereta jenis Honda City yang ditinggalkan tanpa pemandu atau penumpang di bahagian bawah dek feri. Foto ihsan pembaca
Pemeriksaan mendapati kenderaan itu didaftar atas nama seorang wanita Lye Ah Yin, 73 tahun, beralamat di Permatang Pauh.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) oleh Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dijalankan sehingga jam 8 malam ini sebelum dihentikan berikutan cuaca gelap.
Ops SAR akan bersambung semula jam 8 pagi esok.
Topic Berkaitan
#Bayan Lepas
#Butterworth
#feri
#Feri Pulau Kapas
#George Town
#jatuh
#kereta ditinggalkan
#Noorzainy Mohd Noor
#operasi
#Pangkalan Sultan Abdul Halim
#penumpang feri
#Permatang Pauh
#SAR
#Seberang Perai
#tanpa pemandu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan