PASIR GUDANG: Penumpang Terminal Feri Pasir Gudang di Pelabuhan Johor di sini ke Batam, Indonesia, menarik nafas lega dan gembira apabila operasinya disambung semula pada Ahad.
Fati Jamal, 51, yang berasal dari Batu Agi, Batam, bersyukur kerana operasi di terminal feri berkenaan diteruskan selepas lebih 20 tahun menggunakan perkhidmatan tersebut.
"Saya menggunakan perkhidmatan di terminal feri ini dua kali sebulan untuk melihat dua anak berusia 21 dan 26 tahun di Batam.
"Walaupun ada terminal feri lain di daerah ini seperti di Terminal Feri Stulang Laut, Johor Bahru dan Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour, Iskandar Puteri, saya lebih suka dan serasi di Terminal Feri Pasir Gudang.
"Ini kerana saya yang tinggal di Ulu Tiram, Johor Bahru bersama suami yang merupakan rakyat tempatan merasakan perjalanan ke sini kurang sesak, tidak terlalu ramai penumpang dan amat mudah," katanya ditemui pemberita di Terminal Feri Pasir Gudang, pada Ahad.
Terdahulu, Konsul Jenderal Republik Indonesia di Johor Bahru, Sigit S Widiyanto melakukan lawatan di terminal berkenaan dengan diiringi Pengurus Besar Pasir Gudang Passenger Terminal Sdn Bhd, Mohd Tuah Mohd Amin.
Bagi Arif Suswanto, 36, dari Kampung Jawa, Batam, yang sudah tiga bulan bekerja di Kempas, Johor Bahru, mengakui terkejut apabila mendapat tahu operasi di terminal tersebut diteruskan dan menyifatkan keputusan itu tepat sekali kerana ramai pihak menerima manfaatnya termasuk para pelawat dan pelancong dari Batam ke Johor.
Sementara itu, pemandu teksi di terminal tersebut, Mohd Noh Yap Abdullah, 65, berkata, keputusan itu menghilangkan kebimbangan 47 pemandu teksi yang beroperasi di situ.
"Di terminal ini mudah untuk mendapat pelanggan yang juga penumpang feri pada setiap hari. Selain itu kewujudan terminal ini penting kerana mampu melonjakkan aktiviti pelancongan di Johor," katanya.
Rakannya, Rasul Saleh, 70, bersetuju dengan pendapat Mohd Noh tetapi berharap pihak berkenaan membanteras kegiatan teksi sapu di terminal itu kerana tidak adil agi mereka selain perlu bersaing dengan perkhidmatan e-hailing.
"Pada masa sama kita tidak tahu sampai bila operasi di terminal ini akan diteruskan. Kami harap bukan untuk sementara dan terminal dapat beroperasi sampai bila-bila," katanya yang sudah 30 tahun membawa teksi di kawasan itu.
Dalam pada itu, Mohd Tuah berkata, operasi di terminal tersebut beroperasi seperti biasa dan diharap orang ramai terus menggunakan perkhidmatan berkenaan dan memaklumkan tiada perubahan bagi jadual operasi feri.
"Selepas tersebar berita operasi di terminal ini dihentikan semalam, penumpang berkurangan pada hari ini.
"Kita harap orang ramai ambil maklum operasi diteruskan. Terminal ini memberi banyak manfaat kepada peniaga, pemandu teksi dan sektor pelancongan di Johor.
"Terdapat empat perjalanan dari Pasir Gudang-Batam dan empat lagi perjalanan Batam-Pasir Gudang sehari.
"Kita menerima kira-kira 800 penumpang sehari iaitu 90 peratus daripadanya warga Indonesia yang mempunyai status penduduk tetap (PR)," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Dec 12 2022
Penumpang dari Batam, Indonesia sejurus tiba di Terminal Feri Pasir Gudang, Pasir Gudang, pada Ahad. - Foto Sinar Harian
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Penumpang lega operasi Terminal Feri Pasir Gudang diteruskan
Fati bersyukur kerana operasi di terminal feri berkenaan diteruskan selepas lebih 20 tahun menggunakan perkhidmatan tersebut.