MALAYSIA
Penunggang basikal maut terjatuh ke landasan kereta api

Penunggang basikal berusia 49 tahun maut selepas terjatuh dari jejantas motosikal setinggi 6.10 meter ke atas landasan kereta api di Kampung Pinang Seberang, Kamunting dekat Taiping hari ini. - Foto Sinar Harian
IPOH: Penunggang basikal berusia 49 tahun maut selepas terjatuh dari jejantas motosikal setinggi 6.10 meter ke atas landasan kereta api di Kampung Pinang Seberang, Kamunting dekat Taiping hari ini.
Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada 2.10 petang.
"Mangsa mengalami kecederaan parah akibat hentakan pada bongkah batu dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata operasi melibatkan sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kamunting, 12 anggota polis dan tiga petugas KKM tamat pada 3.30 petang.-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami