awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang maut, isteri parah dirempuh kereta

Bernama
Bernama
25/01/2013
12:53 MYT
Penunggang maut, isteri parah dirempuh kereta
Seorang penunggang motosikal maut manakala isterinya cedera parah apabila motosikal mereka dirempuh sebuah kereta di Km 63, Jalan Sungai Rengit - Kota Tinggi, Pasak, di sini Jumaat.
Nazri Paino, 35, mati di tempat kejadian manakala isterinya, Sarizah Md Sharip, 34, cedera parah di kaki kanan dan badan, dan kini dirawat di Hospital Sultan Ismail, Johor Baharu.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Che Mahazan Che Aik berkata ketika kejadian pada pukul 7.20 pagi itu, Nazri dikatakan dalam perjalanan menghantar isterinya ke perhentian bas untuk ke tempat kerja di kawasan Perindustrian Lukut di Kota Tinggi.
"Motosikal yang dinaiki pasangan itu dirempuh sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang datang dari arah Kota Tinggi menghala ke Sungai Rengit," katanya kepada pemberita.
Topic Berkaitan
#dirempuh kereta
#Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Che Mahazan Che Aik
#penunggang motosikal maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan