awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang maut, motosikal bertembung kereta di Jalan Ipoh - Butterworth

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
02/11/2023
21:40 MYT
Penunggang maut, motosikal bertembung kereta di Jalan Ipoh - Butterworth
Hasil bedah siasat di Hospital Parit Buntar mendapati punca kematian mangsa disebabkan kecederaan parah di kepala akibat kemalangan jalan raya. - Gambar hiasan
KERIAN: Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 102 Jalan Ipoh - Butterworth, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaaan (SMK) Abu Bakat Al-Baqir, dekat sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Juna Yusoff berkata, pihaknya menerima maklumat kemalangan itu berlaku sekitar jam 6.30 petang.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Corolla yang dipandu seorang lelaki berusia 44 tahun, datang dari arah Bagan Serai ke Semanggol.
Katanya, kereta berkenaan gagal memotong kenderaan di hadapannya lalu bertembung dengan sebuah motosikal jenis Yamaha 135 LC yang ditunggang seorang lelaki berumur 51 tahun.
“Akibat daripada kemalangan tersebut, mangsa telah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Menurut Juna, hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Parit Buntar mendapati punca kematian mangsa disebabkan kecederaan parah di kepala akibat kemalangan jalan raya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu agar menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Nitia Ruban David di talian 05-7210539 / 016-4898618.
Polis turut menasihatkan pengguna jalan raya agar berhati-hati semasa memandu dan memotong dengan cara selamat, selain sentiasa bersabar.
Topic Berkaitan
#penunggang motosikal maut
#Jalan Ipoh - Butterworth
#Polis Daerah Kerian
#cedera parah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan