awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis mohon reman ke atas dua individu terlibat Himpunan GARAH
Malaysia-India sepakat kukuhkan penggunaan ringgit-rupee dalam perdagangan
JKKP keluar notis larangan susulan kemalangan maut tapak pembinaan hospital
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang motosikal cedera dihempap pokok tumbang di Jitra

Bernama
Bernama
16/09/2024
20:30 MYT
Penunggang motosikal cedera dihempap pokok tumbang di Jitra
Sebuah motosikal dan sebuah kereta dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Alor Setar-Kangar, Ayer Hitam, dekat Jitra, semalam, mengakibatkan seorang penunggang motosikal cedera. Foto Bomba Jitra
ALOR SETAR: Seorang penunggang motosikal cedera selepas dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Alor Setar-Kangar, Ayer Hitam, dekat Jitra, semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Bustan Karudin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada pukul 5.38 petang sebelum tiba di lokasi kira-kira 25 minit kemudian.
"Pokok tumbang itu menghempap sebuah motosikal dan sebuah kereta. Penunggang motosikal mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital dengan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) dan pemandu kereta terselamat tanpa sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan malam tadi.
"Seramai sembilan anggota bomba yang terlibat telah membuat kerja-kerja pemotongan pokok tumbang berkenaan dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 6.51 petang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pokok tumbang
#Jitra
#penunggang motosikal cedera
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan